• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sinaran PPA Dalam Proses Rundingan Untuk Meterai Kontrak Pajakan Solar Bernilai RM300 Juta

in Berita, Catalyst
A A
Sinaran PPA Dalam Proses Rundingan Untuk Meterai Kontrak Pajakan Solar Bernilai RM300 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Sinaran PPA Sdn Bhd dalam proses rundingan untuk memeterai kontrak pajakan solar bernilai RM300 juta dengan pelbagai pemilik bangunan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sinaran PPA ialah syarikat usaha sama baharu antara syarikat kejuruteraan Metronic Global Bhd (Mtronic) dan Earthtech Sdn Bhd untuk mencari peluang dalam sektor tenaga solar.

Earthtech ialah ahli Kumpulan Dehui, kumpulan tenaga hijau multinasional komprehensif yang beroperasi secara global.

Mtronic dalam satu kenyataan hari ini berkata perbincangan kini sedang berjalan untuk memeterai kontrak pajakan solar dengan jumlah saiz yang dicadangkan sebanyak 29,260 kilowatt puncak (kWp) untuk tempoh 25 tahun.

Awal tahun ini, syarikat itu menandatangani dua perjanjian pembelian kuasa (PPA) dengan jumlah kapasiti sebanyak 4,121 kWp pada harga RM50 juta.

PPA 25 tahun itu adalah untuk membangun dan menyelenggara, kemudahan penjanaan fotovoltaik solar (PV solar) di Kedah.

Pembinaan dan pemasangan kemudahan PV solar menurut kedua-dua PPA itu dijangka siap pada suku keempat 2022, operasi akan dimulakan selepas itu.

“Sehubungan itu, rancangan kumpulan untuk menceburi perniagaan tenaga solar adalah berdasarkan prospek yang positif bagi industri PV solar di Malaysia,” kata Mtronic.

Pendapatan berulang jangka panjang yang akan dijana daripada pajakan tenaga elektrik yang dijana daripada kemudahan PV solar itu kepada pemilik tapak di bawah aktiviti pajakan solar yang akan dijalankan oleh Sinaran PPA juga dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan tersebut.

Sementara itu, Mtronic mengumumkan pada 5 Julai 2022, terbitan hak telah dilanggan sebanyak 99.88 peratus dan berjaya mengumpulkan RM77.97 juta.

Selepas selesai terbitan hak itu, Mtronic telah mengumpul dana yang diperlukan untuk Sinaran PPA untuk memulakan perniagaan solar, katanya.

Hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai pemerolehan bahan, jentera dan pengoperasian bangunan kilang serta menyediakan Sinaran PPA untuk melaksanakan kontrak 29,260 kWp lagi, kata Mtronic.

Dana itu juga dijangka mengukuhkan kedudukan kewangan Sinaran PPA pada masa hadapan serta membolehkannya mendekati lebih ramai pelanggan berpotensi untuk kontrak pajakan solar pada masa hadapan.

— BERNAMA

Share316ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In