Sejak minggu lalu, pasaran di Bursa Malaysia menyaksikan penjualan berlaku terutamanya daripada sektor yang berkaitan sarung tangan dan healthcare (penjagaan kesihatan). Ramai pelabur baru mula panik apatah lagi mereka yang bertindak tanpa ilmu dan kini tersangkut di puncak bahagia.
Persoalannya adakah sektor sarung tangan dan healthcare masih menjadi buruan dan ‘hot’?
Top Glove Dan Supermax Masih Berlegar-Legar
Carta di bawah adalah carta Topglove dan Supermax selepas chart adjusted.
Top Glove setakat 9 Sept 2020 sedang berlegar-legar sekitar RM7.30, paras sokongan pertama adalah RM7.00 dan paras sokongan kedua adalah RM6.50.
Top Glove mestilah memecahkan paras rintangan RM8.25 – 9.50 bagi meneruskan kenaikan dan terus menjadi buruan pelabur dan pedagang.
CGS-CIMB Research juga melaporkan bahawa Top Glove meramal harga jualan purata (average selling price; ASP) sarung tangan nitrilnya akan naik lagi hingga sekurang-kurangnya sehingga bulan November.

Begitu juga dengan Supermax yang masih berlegar-legar pada harga RM8.01, paras sokongan pertama adalah RM7.49, serta sokongan paras kedua adalah RM5.44.
Bagi meneruskan kenaikan, Supermax mestilah melepasi rintangan RM12.15 terlebih dahulu.

Pada pandangan dan kajian peribadi, saya lebih selesa memilih saham dalam sektor 5G berbanding sektor sarung tangan dan healthcare buat masa ini.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh KASPR Datahaus, Malaysia merekodkan jumlah penggunaan internet kedua tertinggi di dunia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
PKP secara tidak langsung ‘mengajar’ rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan atas talian dan e-dagang. Jika dahulunya warga emas lebih selesa membeli di pasar, kini mereka juga mula adapt dengan keadaan norma baharu.
Menurut soal selidik dijalankan oleh UOW Malaysia KDU School of Business, 55% maklum balas berbelanja banyak secara online, 43% pula sanggup berbelanja lebih pembelian secara online sewaktu PKP lepas. Shopee merupakan platform pilihan orang ramai untuk pembelian secara online sebelum disusuli oleh GrabFood dan Lazada.

Selain daripada itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga telah menjalankan kaji selidik baru-baru ini dan mendapati bahawa 5G di anggarkan berpotensi menyumbang RM12.7 bilion pertambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di samping memberi 40,000 pertambahan peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun (2021 – 2025).
Sebagai contoh, Axiata Group Bhd sedang mencari dua syarikat pembekal barangan berkaitan teknologi 5G dan bersedia untuk berbelanja sehingga RM4 bilion dalam tempoh 5 tahun untuk sektor 5G.
Catalyst 5G ini secara tidak langsung memberi peluang terhadap kaunter-kaunter 5G yang berkaitan:

Saham-saham di atas adalah bertujuan untuk dikaji dan bertujuan pendidikan. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber:
- KASPR Datahaus
- The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
- https://www.bharian.com.my
- https://www.uowmkdu.edu.my
- https://www.reuters.com
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)