• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Anak Syarikat Pentamaster Cadang Ambil Alih Kepentingan Dalam Syarikat Pengeluar Optoelektronik Dari Taiwan

in Berita
A A
Anak Syarikat Pentamaster Cadang Ambil Alih Kepentingan Dalam Syarikat Pengeluar Optoelektronik Dari Taiwan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Pentamaster Corporation Bhd, Pentamaster InnoTeq Sdn Bhd (PISB) bercadang untuk melanggan kira-kira 16.61 juta saham baharu dalam Everready Precision Industrial Corp (EPIC) yang berpangkalan di Taiwan dengan nilai US$6.78 juta (US$1=RM4.41).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pentamaster berkata cadangan langganan itu mewakili 29.9 peratus daripada kepentingan ekuiti yang diperbesarkan dalam EPIC, sebuah syarikat yang terlibat dalam mereka bentuk dan mengeluarkan penyelesaian optoelektronik secara menyeluruh, daripada acuan optik kepada kanta dan modul penderiaan 3D.

Katanya harga langganan itu dicapai selepas rundingan antara pihak-pihak yang berkenaan, dengan merujuk kepada harta intelek dan pengetahuan teknologi EPIC, selain daripada pelan Greater China yang memenuhi matlamat strategi perniagaan Pentamaster.

“EPIC turut mencadangkan penubuhan usaha sama pembuatan di China dengan cabang pelaburan syarikat utama di China untuk pengembangan perniagaannya, dan harga langganan telah diambil kira untuk pelan sedemikian oleh EPIC,” katanya.

Menurut Pentamaster, pasaran optoelektronik bernilai US$5.14 bilion pada 2020 dan dijangka mencapai US$9.83 bilion menjelang 2026 — berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 10.25 peratus antara 2021 dan 2026.

Katanya pasaran optoelektronik telah menyaksikan peningkatan penggunaan dalam pelbagai aspek, apabila kemajuan teknologi dan permintaan yang semakin meningkat untuk elektronik “pintar” dengan ketepatan dan kualiti yang tinggi meningkatkan permintaan tersebut.

“Tanpa mengambil kira situasi di luar jangka, Lembaga Pengarah percaya cadangan langganan itu akan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kumpulan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang,” katanya.

— BERNAMA

Share253ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In