• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Proton Jual 14,787 Unit Kenderaan Pada Jun 2022

in Berita
A A
Proton Jual 14,787 Unit Kenderaan Pada Jun 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan bulanan terbaik setakat ini sebanyak 14,787 unit (tempatan dan eksport) yang didaftarkan pada Jun, berikutan usaha berterusannya bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan komponen.

Prestasi tersebut merupakan peningkatan sebanyak 51.0 peratus berbanding bulan sebelumnya, sekali gus meningkatkan jumlah jualan bagi separuh pertama tahun ini kepada 60,124 unit, kenaikan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, pengumuman insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berakhir pada 1 Julai, mendorong kepada lonjakan jumlah tempahan berikutan pelanggan merebut peluang penjimatan yang ditawarkan.

“Proton telah menerima lebih daripada 150,000 tempahan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, dan sekiranya ditambah dengan pesanan yang diterima sejak 2021, kami perlu bekerja keras untuk memastikan penghantaran kenderaan dapat dibuat secepat mungkin bagi memenuhi pemintaan pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, Proton mengekalkan kedudukan pada tangga kedua dari segi jualan automotif di negara ini dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 22.6 peratus.

Sementara itu, pegangan pasaran tahunan berjumlah 18.2 peratus, merosot 5.1 peratus berbanding pada separuh pertama 2021.

Jumlah eksport Proton bagi separuh pertama 2022 adalah 2,722 unit — peningkatan sebanyak 81.2 peratus tahun ke tahun —  sekali gus menempatkan syarikat itu sebagai pengeksport jenama automotif utama di negara ini.

Model Proton Saga terus mendahului kedudukan dengan jualan eksport sebanyak 1,602 unit — peningkatan sebanyak 78 peratus tahun ke tahun, manakala eksport Proton X70 dan Proton X50 berkembang pada kadar yang pantas iaitu masing-masing sebanyak 377 unit dan 100 unit.

Menurut Proton, kedua-dua model itu mencatatkan angka eksport terbaik dan lebih banyak unit akan dieksport pada masa akan datang.

Proton berkata Pakistan terus menjadi pasaran eksport terbesar dengan 1,770 unit bagi separuh pertama 2022, pertumbuhan sebanyak 183 peratus berbanding separuh pertama 2021, diikuti oleh Brunei dan Bangladesh iaitu masing-masing sebanyak 203 unit dan 194 unit.

“Eksport Proton adalah satu daripada tunggak utama dalam memacu pertumbuhan masa depan, malah  selari dengan komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu membangunkan industri eksport automotif di Malaysia.

“Dengan penambahan pasaran baharu seperti Afrika Selatan dalam portfolio kami, kami menyasarkan volum eksport akan terus berkembang dan menyumbang lebih banyak jualan pada masa hadapan,” kata Roslan.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In