• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Stesen Janakuasa TNB Di Kenyir Beroperasi Semula

in Berita
A A
Stesen Janakuasa TNB Di Kenyir Beroperasi Semula
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir, milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Hulu Terengganu kembali memperkasa Grid Nasional apabila keempat-empat unit janakuasanya berjaya dimulatugaskan tiga bulan lebih awal daripada perancangan asal untuk menyalurkan bekalan elektrik.

Stesen yang terpaksa dihenti tugas pada 27 Februari lalu akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat yang luar biasa, beroperasi sepenuhnya pada 26 Jun 2022.

Seminggu sebelumnya (19 Jun 2022), mula tugas unit 1 dan 2 janakuasa SJSM telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Baharin Din dari Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) di Kompleks Ibu Pejabat TNB, di Bangsar.

“Harapan kita agar keempat-empat unit penjanaan SJSM dengan kapasiti keseluruhan 400 MW beroperasi dalam keadaan baik dan terus memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dari segi tenaga hijau,” kata Baharin dalam kenyataan di sini hari ini.

SJSM apabila beroperasi kapasiti penuh mampu menyumbang secara purata 1,600 gigawatt- jam setahun, sekali gus menghindari pelepasan 537,600 tan karbon dioksida (CO2) jika menggunakan sumber bahan api fosil (gas), yang juga bersamaan pelepasan karbon daripada 116,869 kenderaan di jalan raya setahun.

Pada masa sama, penjanaan tenaga sebanyak itu secara hidro dapat mengelak kos bahan api dengan anggaran RM463 juta setahun jika menggunakan arang batu sebagai bahan bakar berikutan  kenaikan luar biasa harganya kesan krisis bahan api dunia susulan pandemik dan diburukkan lagi oleh perbalahan Rusia-Ukraine.

Skim hidroelektrik keempat beroperasi pada 2027 di Kelantan

Justeru, pemulihan SJSM ini mengukuhkan kembali penjanaan tenaga hijau TNB melalui tiga skim hidroelektrik iaitu skim hidroelektrik Hulu Terengganu di Terengganu, Cameron Highlands di Pahang dan Sungai Perak di Perak.

TNB juga sedang membangunkan skim hidroelektrik keempat di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan dengan kapasiti 300MW yang dijangka mula beroperasi pada 2027, katanya.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In