• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Rafidah Aziz Letak Jawatan Sebagai Pengerusi AirAsia X

in Berita
A A
Rafidah Aziz Letak Jawatan Sebagai Pengerusi AirAsia X
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh mengesahkan Tan Sri Rafidah Aziz meletak jawatan sebagai pengerusinya berkuat kuasa 1 Julai 2022.  

Rafidah telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah pada 3 Mac 2011 dan telah dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kanan selepas penyenaraian syarikat itu pada 10 Julai 2013.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Lembaga Semakan Keselamatan Syarikat.

“Saya bakal berusia 79 tahun pada tahun ini dan telah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas mengikut penggal yang telah ditetapkan.

“Saya perlu mematuhi perubahan status daripada seorang ahli Lembaga Pengarah Bebas kepada Bukan Bebas termasuk memenuhi keperluan yang lain untuk jawatan tersebut.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi AAX berkuat kuasa mulai 1 Julai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd dan Pengasas AAX Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan Rafidah sebagai tulang belakangnya dari awal hingga pengembangan AirAsia dan yang penting, beliau juga merupakan seorang sahabat dan mentor.

“Beliau sentiasa memberikan semangat dan berkongsi pendapatnya secara jujur. Walaupun kini telah bersara, beliau akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga besar AirAsia dan kepimpinan beliau akan terus menjadi inspirasi buat kami semua.

“Kami pasti akan terus meminta pandangan dan bimbingan beliau untuk meneruskan perjalanan kami ke peringkat seterusnya,” katanya.

Rafidah memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya.

Antara anugerah dan pencapaian beliau termasuklah menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang paling lama berkhidmat, selama 21 tahun, dari 1987 hingga 2008.

— BERNAMA

Share772ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In