• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Supermax Yakin Polisi Manusiannya Sejajar Dengan Piawaian ILO

in Berita
A A
Unit Supermax Corp Cadang Ambil Alih Tanah Dengan Nilai RM73.48 Juta

Sumber Gambar : Supermax FB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Supermax Corporation Bhd yakin bahawa pekerja di tapaknya adalah bebas daripada isu buruh paksa sistemik dan ia tidak melanggar mana-mana 11 petunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). 

Pengeluar sarung tangan getah itu juga optimis bahawa semua amalan serta dasar sumber manusia (HR) semasanya adalah memenuhi jangkaan badan antarabangsa termasuk Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata sejak Januari 2022, ia telah melaksanakan langkah-langkah yang disokong oleh Dasar Pengurusan Pekerja Asing yang komprehensif bagi mengukuhkan polisi serta amalan pengurusan HR dan pekerja asing sehingga sejajar dengan piawaian ILO pada hari ini.

Supermax juga telah memulakan usaha untuk memenuhi piawaian ILO sejak 2019 dengan pengenalan yuran pengambilan kos sifar dan merupakan antara yang pertama dalam industri untuk berbuat demikian.

Syarikat itu kemudian terus berusaha dalam memenuhi piawaian ILO, namun usahanya terhalang oleh wabak COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di negara ini. 

“Seterusnya, beberapa audit bebas memudahkan pemahaman lanjut mengenai petunjuk buruh paksa ILO diwujudkan untuk membolehkan syarikat memperhalusi lagi amalan HR,” katanya. 

Pada November 2021, syarikat itu melibatkan perunding HR yang berpengalaman dalam bidang pematuhan sosial untuk membantu memudahkan kerja pada rangka kerja pematuhan dan membimbing proses pemulihannya.

 Ini membawa kepada pelancaran dasar baharunya di antara inisiatif-inisiatif lain yang mana kerja-kerja telah selesai dalam pelbagai peringkat. 

“Setakat ini, syarikat telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti pengenalan gaji termasuk manfaat yang sama rata untuk pekerja tempatan dan asing selain memperkenalkan pendekatan pengurusan sumber manusia hibrid bagi vendor di tapak.

“Syarikat juga telah menghampuskan tempoh pemotongan untuk pemulihan bekas pekerja dan melaksanakan gaji minimum yang lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun pada Disember 2021,” katanya. 

Ia juga telah berjaya melaksanakan talian bantuan pekerja bebas untuk menggalakkan konsistensi, ketelusan dan keadilan dalam pengendalian, pengurusan masalah dan aduan di tempat kerja.

Selain itu, Jawatankuasa Pekerja seramai 24 anggota yang dipilih oleh pekerja terlibat sepenuhnya dalam mengukuhkan kebajikan pekerja dan hubungan buruh. 

Supermax akan terus memastikan ia mengekalkan standard tertinggi dalam pengurusan buruh selaras dengan piawaian antarabangsa yang ditakrifkan oleh ILO.

Pada tengah hari tadi, saham Supermax meningkat 1.75 peratus kepada 87 sen, dengan 9.82 juta saham bertukar tangan.

–BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In