• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Suria Capital Holdings Kaji Semula Strategi Pertumbuhan

in Berita
A A
Suria Capital Holdings Kaji Semula Strategi Pertumbuhan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KOTA KINABALU, 21 Jun (Bernama) — Pandemik COVID-19 memerlukan Suria Capital Holdings Bhd mengkaji semula strategi pertumbuhannya untuk mengukuhkan peranan pelabuhan sebagai pemudah cara perdagangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, Pengarah Urusan kumpulan Datuk Ng Kiat Min berkata ini memandangkan operasi pelabuhan menjadi penyumbang pendapatan utama kumpulan, menyumbang RM214.5 juta atau 85.3 peratus daripada hasil keseluruhan pada 2021.

Kumpulan itu terlibat dalam operasi pelabuhan, logistik dan pengisian, kontrak dan kejuruteraan, serta operasi terminal feri.

Menurut kenyataan itu projek pembesaran pelabuhannya di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, dengan fasa pertamanya dijangka siap pada 2025, akan meningkatkan kapasiti pengendalian pelabuhan dan meningkatkan kedudukannya sebagai hab pemindahan kapal di rantau itu. Kerja-kerja tanah di tapak itu dimulakan pada September lepas.

Projek lain yang sedang berjalan melibatkan penyambungan jeti di Terminal Minyak Teluk Sepanggar bagi mengurangkan kesesakan dan mengurangkan masa menunggu kapal.

Langkah lain yang dijalankan oleh kumpulan itu tahun lepas, terutamanya di Pelabuhan Sabah adalah untuk mengatasi kesan buruk pandemik, menurut kenyataan itu.

Keupayaan operasi, kecekapan dan kapasiti untuk memastikan operasi pelabuhan tidak terganggu dan meningkatkan kapasitinya untuk menampung kapal yang lebih besar juga sebahagian daripada langkah tersebut. 

Ia berkata kumpulan itu mengambil langkah untuk terlibat dalam tenaga boleh diperbaharui dengan memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Vandelay Ventures Sdn Bhd pada Februari tahun ini.

Projek tersebut melibatkan pembinaan Kompleks Perindustrian Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah Maju Jaya bernilai RM1 bilion di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Ia akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Sabah dan akan membantu menjana peluang pekerjaan, kata kenyataan itu. 

Kumpulan itu meraih keuntungan selepas cukai sebanyak RM39.5 juta bagi tahun kewangan 2021, peningkatan 20 peratus daripada RM32.9 juta pada tahun kewangan 2020.

Walaupun keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan pada tahun itu, kumpulan  mencatatkan hasil lebih tinggi sebanyak RM251.3 juta pada 2021, meningkat sebanyak RM23.3 juta atau 10.2 peratus berbanding RM228.0 juta pada 2020, kata Ng.

Dividen akhir dikecualikan cukai sebanyak 2.5 sen sesaham biasa berjumlah RM8.65 juta, akan dibayar, menjadikan jumlah pembayaran dividen untuk tahun kewangan 2021 kepada RM13.8 juta.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In