• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Airlines Komited Dalam Memastikan Perkhidmatan Pelanggan Yang Optimum

in Berita
A A
Malaysia Airlines Komited Dalam Memastikan Perkhidmatan Pelanggan Yang Optimum
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Malaysia Airlines Bhd telah memberikan komitmen untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pelanggan yang optimum di tengah-tengah lonjakan pertanyaan pelanggan yang memberi kesan kepada masa menunggu pelanggan untuk pusat hubungan.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam menangani pertanyaan pelanggan menurut ketepatan masa dan cekap, syarikat penerbangan nasional itu akan mengecualikan yuran tempahan luar talian untuk pelanggan yang mengalami masa menunggu lebih daripada 10 minit, berkuat kuasa serta-merta. 

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan dengan kadar pemberhentian yang tinggi dan peningkatan jumlah penumpang, ia terdedah kepada cabaran dalam menangani lonjakan pertanyaan pelanggan yang diterimanya dengan jumlah kakitangan yang masih ada, fenomena yang dialami oleh semua syarikat penerbangan di seluruh dunia.

“Kami telah meningkatkan jumlah kakitangan di perkhidmatan pelanggan pusat hubungan sebanyak lebih daripada dua kali ganda sejak Februari 2022 dan terus melakukan yang terbaik bagi mengukuhkan jumlah kakitangan untuk menangani pertambahan angka panggilan yang diterima. 

“Walaupun terdapat peningkatan, Malaysia Airlines telah mencatatkan lonjakan berterusan dalam menguruskan pertanyaan pelanggan, mengurangkan purata masa menunggu kepada di bawah 20 minit untuk menangani pertanyaan yang diterima melalui pusat hubungan,” jelasnya lagi.

Syarikat penerbangan itu telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat iaitu lebih 100 peratus ke atas melalui jualan tiket dan 80 peratus faktor beban dalam kebanyakan penerbangan sejak pengumuman pembukaan semula sempadan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata syarikat itu telah mengambil langkah aktif bagi mengurangkan sebarang kesulitan yang dialami pelanggan dan akan terus menambah baik penyampaian perkhidmatannya.

“Malaysia Airlines akan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan pusat hubungan pelanggan global kami yang telah menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kolektif mereka dalam menangani serta meningkatkan fungsi kritikal yang memberi kesan kepada pengalaman pelanggan keseluruhan Malaysia Airlines,” katanya. 

Sebagai syarikat penerbangan nasional, ia terus mengambil langkah aktif untuk memastikan ia mampu memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat, menawarkan tambang yang menarik selain mengembalikan semula dan memperkenalkan laluan menarik baharu, sambil memastikan kualiti perkhidmatannya tidak terjejas.

— BERNAMA 

Share243ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In