• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Bekalkan Permintaan Tenaga Bersih Dengan Entiti Baharu Gentari

in Berita
A A
Petronas Bekalkan Permintaan Tenaga Bersih Dengan Entiti Baharu Gentari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini memperkenalkan Gentari Sdn Bhd (Gentari) untuk mempercepatkan penggunaan dan pengkomersilan tenaga bersih.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata entiti baharu berkenaan menyasar untuk menyampaikan rangkaian penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti hijau yang selamat, bertanggungjawab, optimum dari segi kos dan pengurangan pelepasan dengan menggunakan pendekatan bersepadu merentasi rantaian nilai tenaga bersih untuk pelanggan di seluruh dunia.

Pengerusi Gentari Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Gentari akan menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah Malaysia serta pelanggannya di dalam dan luar negara.

Berbekalkan pasukan berdedikasi yang memfokuskan pada pembekalan, pengedaran dan peruncitan tenaga yang lebih bersih, Petronas berhasrat merebut peluang dalam ruang tenaga rendah karbon dengan menyediakan penyelesaian dan sistem yang mampu milik serta boleh diakses dengan mendayakan skala pengeluaran dan ketersediaan infrastruktur.

“Meningkatkan kemajuan yang Petronas capai setakat ini di bawah Perniagaan Tenaga Baharu sedia ada dan membina perkongsian dengan pembekal tenaga dan teknologi generasi akan datang, Gentari akan mendapat manfaat daripada kapasiti dan sumber segera untuk meneruskan usaha tenaga bersih pada skala perindustrian, bermula dengan Malaysia dan Asia Pasifik.

“Kami berharap dapat memenuhi keperluan tenaga hari ini dan masa depan dengan penyelesaian tenaga yang lebih bersih yang memacu kemajuan secara adil dan mampan,”  kata Tengku Muhammad Taufik.

Menjelang 2030, Gentari berhasrat untuk membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui 30-40 gigawatt (GW), khususnya dalam solar dengan peluang tambahan dalam penyimpanan angin dan bateri.

Syarikat itu juga sedang merancang membekalkan sehingga 1.2 juta tan setahun (mtpa) hidrogen dengan memanfaatkan kecekapan dalam membangunkan projek besar untuk mencapai skala sebagai pengeluar hidrogen karbon rendah bermula dengan projek-projek di Malaysia.

Ia turut berhasrat menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan, menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menguasai 10 peratus bahagian pasaran atau sekitar 25,000 poin pengecasan berdasarkan anggaran semasa, merentas pasaran utama di Asia Pasifik dengan kehadiran utama di Malaysia dan India.

Aset-aset dan projek tenaga bersih Gentari hari ini termasuk kapasiti solar satu gigawatt puncak (GWp), masing-masing di India dan Malaysia.

Ia mempunyai rangkaian projek hidrogen bersih yang sedang dibangunkan di Malaysia dan pasaran utama lain bersama-sama rakan kongsi dengan projek pertama ini disasarkan dimulakan pada 2025.

Syarikat itu mempunyai lebih 220 kenderaan elektrik di bawah model Vehicle-as-a-Service (VaaS), serta rangkaian sedia ada kira-kira 170 poin pengecasan di India dan Malaysia.

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In