• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia kembali diniagakan rendah pagi ini kerana para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati di tengah-tengah aktiviti urus niaga bercampur-campur di pasaran semalaman Wall Street dan serantau, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.88 mata kepada 1,473.40 daripada penutupan semalam iaitu 1,481.28.

Indeks utama itu dibuka pada 1,480.88, turun 0.40 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 181 berbalas 117 manakala 211 kaunter tidak berubah, 1,770 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 184.58 juta bernilai RM69.50 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, sentimen di bursa tempatan dijangka kekal suram menjelang keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang bakal diadakan.

“Walaupun sentimen pasaran masih kekal berhati-hati, pelabur mungkin melihat peluang mencari saham berharga murah dalam saham-saham REIT, pengguna dan perbankan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank lega satu sen kepada RM8.67, Public Bank kerugian dua sen menjadi RM4.49, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.66, IHH Healthcare turun empat sen kepada RM6.26 manakala CIMB menambah dua sen kepada RM5.01.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat setengah sen menjadi lima sen, Unitrade lemah setengah sen kepada  29.5 sen, LGMS menokok dua sen kepada 80 sen sementara Fintech tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 40.84 mata kepada 10,530.73, Indeks FBM Emas Syariah merosot 47.22 mata kepada 10,755.99, Indeks FBM 70 mengembang 8.70 mata menjadi 12,730.24, FBM ACE susut 3.92 mata kepada 4,935.66 dan Indeks FBMT 100 kerugian 40.32 mata kepada 10,247.57.

Mengikut sektor, Perkhidmatan Kewangan turun 34.11 mata kepada 16,219.79, Indeks Perladangan susut 25.19 mata kepada 7,525.12 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.09 mata menjadi 189.35.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In