• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SCIB Perjelas Anak Syarikat Dilantik Sebagai Subkontraktor Projek DBKL

in Berita
A A
SCIB Perjelas Anak Syarikat Dilantik Sebagai Subkontraktor Projek DBKL
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) hari ini menjelaskan bahawa anak syarikatnya SCIB Properties Sdn Bhd (SCIBP) dilantik sebagai subkontraktor bagi kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan berkaitan projek Penggantian Tiang Lampu Pintar Bersepadu untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) oleh Ennova Sdn Bhd.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif SCIB Rosland Othman berkata skop kerja SCIBP termasuk namun tidak terhad kepada pembersihan tapak, penggalian dan struktur tapak konkrit bertetulang, meletakkan semua konkrit tetulang, bolt dan nat, dan plat pada semua struktur keluli lembut, dengan tiang, kelengkapan dan aksesori yang akan dibekalkan oleh Ennova.

“Skop ini juga termasuk kerja-kerja pagar perimeter berantai, pagar keluli lembut dan pembinaan; kerja tanah, meratakan, menetapkan, membuat titik, dan kerja lain yang berkaitan; kerja mekanikal dan kejuruteraan seperti pendawaian, kotak suis, penyambungan kepada konduit, kabel bumi tanah dan rem serta pemasangan monopole,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosland berkata Ennova akan menanggung semua kos pembinaan tiang itu termasuk sewa setiap tiang yang didirikan mengikut harga sewaan yang dipersetujui antara pihaknya dengan DBKL.

“Kami tidak mengetahui sebarang pembiayaan atau pengaturan pembiayaan untuk kontrak oleh DBKL,” tambahnya.

Pada Ahad, DBKL menafikan melantik SCIB untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang seperti yang didakwa.

Kenyataan ini timbul susulan laporan bahawa kontrak bernilai RM30.75 juta telah diberikan kepada pembuat produk konkrit pratuang yang berpangkalan di Sarawak melalui Ennova untuk projek itu.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In