• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Taylor’s Sediakan Pelajar Pemantau Mata Wang Kripto Bloomberg, Penyelesaian Kecerdasan Pasaran

in Berita
A A
Taylor’s Sediakan Pelajar Pemantau Mata Wang Kripto Bloomberg, Penyelesaian Kecerdasan Pasaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Fakulti Perakaunan dan Kewangan (SOAF) Taylor’s University menggabungkan papan pemuka pemantau mata wang kripto dan penyelidikan Kecerdasan Bloomberg berkaitan yang tersedia di Terminal Bloomberg dalam program Sarjana Muda Perakaunan (Teknologi Kewangan) bagi menyediakan pelajarnya pengalaman secara langsung dalam pasaran teknologi kewangan dan mata wang kripto.

Ini berikutan kerjasama Fakulti Perniagaan Taylor’s dan Bloomberg sejak 2019 yang membolehkan fakulti itu menyepadukan Terminal Bloomberg, penyelesaian data pasaran dan analitik yang membantu pelabur melayari dunia kewangan global.

“Terminal Bloomberg kini akan memperkenalkan fungsi seperti Indeks Bloomberg Galaxy Crypto, yang menganalisis prestasi mata wang kripto dan Indeks Fintech Solactive, yang menjejaki prestasi syarikat teknologi kewangan.

“Fungsi ini, yang digunakan oleh penganalisis kewangan, membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman dan sentiasa dikemas kini tentang pasaran teknologi kewangan dan mata wang kripto yang sedang berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua SOAF Profesor Madya Dr Nor Shaipah Abdul Wahab berkata dengan menggabungkan kajian dan analisis mata wang kripto serta teknologi kewangan ke dalam kurikulumnya, Taylor’s berharap dapat merapatkan jurang antara teori dan amalan untuk pelajarnya melalui inovasi dalam kurikulumnya dan perkongsiannya dengan Bloomberg.

“Terminal Bloomberg adalah teras kepada Bilik Dagangan universiti, yang menyediakan pelajar simulasi mengenai analisis pasaran, perdagangan dan pelaburan.

“Terminal Bloomberg dan fungsi analisis kewangan dan mata wang kriptonya telah memastikan pelajar kami kekal di hadapan dan menerima pendidikan paling relevan dalam industri,” katanya.

Profesor itu menyatakan bahawa teknologi blockchain dan mata wang kripto — bentuk mata wang terdesentralisasi dan selamat — sedang menangani masalah kewangan tradisional.

Sehingga 2021, dianggarkan terdapat kira-kira 300 juta pengguna mata wang kripto di seluruh dunia, dengan lebih daripada 18,000 perniagaan menerima pembayaran mata wang kripto.

Bank dan institusi kewangan terbesar di dunia juga turut mengambil bahagian dalam mata wang kripto, mendorong pembiayaan US$3 bilion ke dalam syarikat mata wang kripto dan blockchain.

Sementara itu, Ketua Bloomberg ASEAN Steven Yankelson berkata bahawa dengan penambahbaikan baharu pada modulnya, siswazah baharu akan mendapat kelebihan apabila mereka memasuki pasaran pekerjaan yang kompetitif.

“Kami berbesar hati dapat memberi peluang kepada pelajar di Taylor’s untuk menikmati pengalaman salah satu fungsi analitik terkini kami yang kini digunakan oleh C-suite dan institusi kewangan di seluruh dunia,” katanya.

Pelajar yang menamatkan kursus mereka dengan Terminal Bloomberg akan menerima Sijil Konsep Pasaran Bloomberg, yang juga merupakan prasyarat untuk menerima ijazah.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In