• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tiga Kilang Baharu Dibina Di GTP Pekan Dengan Nilai Pelaburan RM162 Juta – MB

in Berita, Catalyst
A A
Tiga Kilang Baharu Dibina Di GTP Pekan Dengan Nilai Pelaburan RM162 Juta – MB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

PEKAN, 9 Jun (Bernama) — Pembangunan Green Technology Park (GTP) di sini dirancakkan lagi dengan pembinaan tiga kilang baharu oleh syarikat Nextgreen Global Berhad melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM162 juta, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata projek tersebut merupakan pembangunan kilang tisu yang dijangka siap pada tahun depan, manakala dua lagi adalah kilang baja dan kilang makanan haiwan yang dijangka siap hujung tahun ini.

“Dengan pembangunan kilang berkenaan ia sekali gus dapat meningkatkan ekonomi Pahang, selain menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat, termasuk kepada masyarakat Orang Asli.

“Selain itu, Nextgreen dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sedang membincangkan bagi mengembangkan lagi pembangunan GTP, dengan penambahan keluasan kawasan dari 165.9 hektar( 410 ekar) kepada 1,214 hektar (3,000 ekar),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kilang Fasa 1B GTP di sini, hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Pada majlis itu, Wan Rosdy turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan usaha membangunkan industri pertanian negara bersifat hijau dan mesra alam antara Pengarah Urusan Nextgreen Datuk Lim Thiam Huat dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Zamri Yaakob.

Sementara itu, Pengarah Nextgreen Datuk Mohd Yusof Din berkata pembangunan kilang berkenaan merupakan susulan daripada kilang kertas bebas kayu yang dijangka memulakan operasi pada bulan depan di GTP.

Menurutnya, apabila pembinaan kilang tisu di kawasan seluas 16.187 hektar itu siap kelak, ia akan menghasilkan pengeluaran sebanyak 10,000 tan metrik setahun manakala kilang makanan haiwan dan kilang baja masing-masing sebanyak 30,000 tan metrik.

Mohd Yusof berkata, pembinaan kesemua kilang itu sejajar dengan konsep pembangunan sifar sisa buangan di GTP yang juga menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi kitaran berdasarkan pengeluaran produk dan kitar semula sisa daripada kilang untuk dijadikan produk yang boleh dipasarkan semula seperti baja organik dan makanan haiwan.

Selain itu, katanya, sudah menjadi polisi syarikat berkenaan untuk memperuntukkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dengan pertambahan kilang, ia dijangka dapat menyediakan 200 lagi peluang pekerjaan berbanding 250 pekerja sedia ada.

“Bagi merealisasikan polisi ini, kita telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, untuk pengambilan pelajar semester akhir bagi menjalani latihan industri mereka di GTP dan seterusnya diserapkan sebagai pekerja disini,” katanya.

— BERNAMA

Share306ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In