• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MSM Laksana Rundingan Berterusan Dengan Kerajaan Semak Semula Harga Siling Gula

in Berita, Market Update
A A
MSM Laksana Rundingan Berterusan Dengan Kerajaan Semak Semula Harga Siling Gula

Kredit: http://www.msmsugar.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Penggiat industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk menyemak semula harga siling gula di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah dan muatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Feizal Syed Mohammad berkata, ketika ini harga gula bertapis borong domestik dihadkan pada RM2.69 sekilogram.

“Anggarannya adalah pada sekitar 20 peratus kenaikan (dalam kos input) secara asasnya apabila anda menggabungkan semua kos input. Ini telah kami kongsikan kepada kerajaan.

“Gula adalah industri yang paling boleh bertahan berbanding yang lain. Sejak 2011 sehingga kini, kami hanya mengalami kenaikan bersih satu sen bagi sekilogram gula dan ia tidak berbaloi berbanding inflasi dan kos-kos lain,” katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan kumpulan hari ini.

Syed Feizal berkata pengeluar gula utama tempatan termasuk MSM dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah melaksanakan libat urus secara menyeluruh dengan beberapa kementerian dalam tempoh beberapa bulan lepas.

Beliau berkata, susulan daripada libat urus dan perbincangan yang dilaksanakan, pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensif.

“Perkara tersebut sedang ditelitikan, dan setakat ini nampak ada sokongan positif, tetapi saya tidak mahu menjawab bagi pihak kerajaan. Terpulang kepada budi bicara kerajaan, dan dalam masa terdekat ini, mungkin kita mendapat maklum balas,” katanya. 

Ditanya mengenai impak kenaikan harga gula kepada isi rumah, Syed Feizal berkata kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan yang besar terhadap segmen itu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021, MSM menjangkakan cabaran yang lebih besar dengan peningkatan kos pengeluaran utama.

Kos penapisan bagi kumpulan ini telah mencatatkan peningkatan 28 peratus, dipacu terutamanya oleh kenaikan 86 peratus kos gas pada suku tersebut yang berakhir 31 Mac, 2022.

Sebagai satu daripada inisiatif pengurangan, Syed Faizal berkata MSM telah melindung nilai harga gula mentah.

“Pihak lembaga pengarah telah memberi  mandat kepada pengurusan untuk membeli (bahan mentah) dua tahun akan datang. Untuk 2022, kami telah melindung nilai di bawah pasaran pada 16 hingga 17 sen AS  setiap paun berbanding harga pasaran sebanyak 19 sen AS setiap paun,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Syed Feizal berkata MSM akan meneroka perkongsian strategik untuk mengukuhkan segmen eksport dan memperlihatkan lebih banyak nilai sinergi pada 2022 bagi memastikan pulangan yang konsisten dan nilai pemegang saham yang lebih besar sebagai pengeluar gula bertapis premium yang utama di negara ini.

“Dari segi eksport, kami akan menghasilkan kira-kira 250,000 tan tahun ini berasaskan penghantaran dengan kontrak yang ditandatangani sekitar 300,000 tan setahun,” katanya.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In