• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Greenyield Positif Terhadap Prospek Syarikat, Disokong Harga Getah Asli Yang Lebih Tinggi

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Greenyield Positif Terhadap Prospek Syarikat, Disokong Harga Getah Asli Yang Lebih Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) —  Greenyield Bhd iaitu penyedia penyelesaian pertanian dan hortikultur yang tersenarai di pasaran utama kekal positif terhadap prospek syarikat, disokong oleh permintaan yang kukuh serta harga getah asli yang lebih tinggi.

Pengarah Eksekutif Tham Kin On berkata kumpulan itu yang merupakan pemilik ladang getah percaya permintaan untuk komoditi seperti getah akan terus meningkat dan ia mahu memanfaatkan kelebihan ini dengan meningkatkan penonjolannya dalam segmen huluan.

“Harga getah asli secara amnya berada pada aliran menaik dan ini seterusnya memberi manfaat kepada Greenyield kerana kami menjual pengeluaran kepada ladang getah selain kami turut memiliki ladang getah.

“Segmen pengeluaran perladangan kami merangkumi produk seperti sistem peningkatan hasil RRIMFLOW proprietari, bahan kimia dan baja, peralatan serta kelengkapan,” katanya dalam kenyataan sempena mesyuarat agung tahunan Greenyield hari ini.

Sementara itu, Tham berkata bahagian barangan isi rumah kumpulan itu yang kebanyakannya menjual pasu bunga Artstone, menyaksikan permintaan yang kekal kukuh daripada pasaran eksport utamanya, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Kami juga maklum dengan masalah yang dihadapi, contohnya, kenaikan harga bahan mentah dan tekanan inflasi yang berterusan di AS dan Eropah, berkemungkinan mengehadkan kemampuan kami untuk menyalurkan kenaikan kos kepada pelanggan.

“Dari sudut positif, ringgit yang lemah menguntungkan kumpulan memandangkan kira-kira 90 peratus daripada hasil kami diperoleh dari luar Malaysia,” jelasnya.

Kumpulan itu baru-baru ini mencadangkan pengambilalihan 65 peratus kepentingan dalam Greenyield Rubber Holdings (M) Ltd, yang memiliki 15,313 hektar di Papua New Guinea (PNG).

“Ini bukan sahaja sejajar dengan strategi jangka panjang kami untuk mengembangkan perniagaan perladangan tetapi juga memberi kami pemilikan tanah pegangan bebas dan pegangan pajakan di PNG, yang terhad,” kata Tham.

Pada masa ini, Greenyield memiliki dan menguruskan 1,200 hektar ladang getah di Kelantan yang menyumbang hasil sebanyak RM1.4 juta pada tahun kewangannya berakhir 31 Dis, 2021.

Greenyield mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM5.4 juta sementara hasil pula sebanyak RM45.4 juta pada tahun kewangan 2021.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022, perolehan meningkat 42.1 peratus tahun ke tahun kepada RM15.0 juta, manakala keuntungan selepas cukai kekal sama pada RM2.0 juta.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In