• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Defisit Perdagangan Perkhidmatan Malaysia Meningkat RM60.7 Bilion Akibat Pelancongan Masuk Yang Rendah

in Berita
A A
Defisit Perdagangan Perkhidmatan Malaysia Meningkat RM60.7 Bilion Akibat Pelancongan Masuk Yang Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Malaysia mencatatkan defisit perdagangan tertinggi dalam perkhidmatan yang meningkat kepada RM60.7 bilion berbanding defisit RM47.2 bilion pada 2020 disebabkan oleh pelancongan masuk yang lebih rendah, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Menurut Statistik Perdagangan Antarabangsa dalam Perkhidmatan (SITS) 2021 DoSM yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pandemik COVID-19 memberi kesan buruk kepada perdagangan perkhidmatan.

“Eksport perkhidmatan merekodkan RM86.7 bilion berbanding RM93.0 bilion pada tahun sebelumnya. Sementara itu, import perkhidmatan meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada RM147.5 bilion daripada RM140.1 bilion pada 2020,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata terdapat “trend negatif yang berterusan” dalam perkhidmatan pelancongan sejak 2020 kerana sempadan Malaysia masih ditutup kepada ketibaan pelancong, menyebabkan defisit tertinggi dalam perdagangan perkhidmatan.

Perkhidmatan perniagaan lain yang diintegrasikan dengan teknologi digital menyaksikan kesan negatif paling sedikit sepanjang pandemik itu, mencatatkan nilai eksport RM27.1 bilion pada 2021 berbanding RM27.3 bilion tahun lalu.

Import komponen itu meningkat sebanyak 4.0 peratus tahun ke tahun kepada RM30.9 bilion, menyebabkan defisit sebanyak RM3.9 bilion dalam perkhidmatan tersebut.

Namun, perkhidmatan pembuatan menyaksikan lebihan dagangan sebanyak RM14.1 bilion pada 2021, yang tertinggi dalam dekad yang lalu.

Amerika Syarikat (AS) ialah destinasi utama untuk eksport dan import perkhidmatan Malaysia, bernilai RM26.6 bilion dan RM32.1 bilion, dengan masing-masing mencatatkan peningkatan 7.0 peratus dan 1.8 peratus tahun ke tahun.

Eksport utama Malaysia ke AS adalah perkhidmatan pembuatan dan perkhidmatan perniagaan lain, manakala import utama adalah perkhidmatan perniagaan lain dan pelancongan.

Singapura merupakan destinasi kedua terbesar perdagangan perkhidmatan, merekodkan nilai eksport pada RM19.5 bilion dan import RM23.1 bilion, terutamanya perkhidmatan perniagaan lain, pengangkutan dan telekomunikasi, komputer dan maklumat.

Negara ketiga terbesar untuk eksport Malaysia ialah United Kingdom dengan RM6.3 bilion manakala bagi import ialah China pada RM15.1 bilion.

— BERNAMA

Share302ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In