• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Reservoir Link, Sunseap Peroleh Kontrak Solar Atas Bumbung Di Kedah, Pulau Pinang

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Reservoir Link, Sunseap Peroleh Kontrak Solar Atas Bumbung Di Kedah, Pulau Pinang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Anak syarikat Reservoir Link Energy Bhd, RL Sunseap Energy Sdn Bhd dengan kerjasama antara Reservoir Link dan Sunseap Energy (Malaysia) Sdn Bhd (Sunseap), memperoleh kontrak solar atas bumbung di Kedah dengan gabungan kapasiti terpasang sebanyak 7,708.6 kilowatt puncak (kWp) dan kapasiti eksport 6,285 kilowatt kuasa AC (kWac).

Dalam satu kenyataan hari ini Reservoir Link berkata kontrak daripada Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd itu adalah bagi membangunkan solar atas bumbung dan kemudahanan penjanaan kuasa fotovolta bersepadu bangunan atas bumbung, tempat letak kereta berbumbung sedia ada dan tempat letak kereta BIPV di Kulim.

“Perjanjian solar ini dijangka mempunyai tempoh 25 tahun,” katanya.

Selain itu, kumpulan itu berkata RL Sunseap Energy juga mempunyai kontrak untuk melaksanakan operasi dan penyelenggaraan sistem solar fotovolta (PV) dalam tempoh kontrak tersebut.

Ia berkata RL Sunseap Energy menandatangani satu lagi perjanjian pembekalan solar atas bumbung dengan PE Land (Pulau Pinang) Sdn Bhd pada 25 Mei untuk mereka bentuk, membina, memasang, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara sistem penjanaan tenaga solar PV  dengan arus terus (DC) dengan kapasiti 1971.2 kWp di atas bumbung Design Village Outlet Mall di Pulau Pinang.

Setakat ini, kumpulan itu berkata ia telah memperoleh empat kontrak untuk menyediakan sistem solar PV atas bumbung yang berjumlah 10 megawatt.

Pengarah Eksekutif Reservoir Link Thien Chiet Chai berkata empat perjanjian pembelian tenaga solar diterjemahkan kepada hasil anggaran berulang lebih RM80 juta yang akan diiktiraf sepanjang tempoh kontrak.

“Kami melihat perolehan baru-baru ini sebagai bukti sinergi kukuh yang dibentuk dengan RL Sunseap Energy yang terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai kontraktor dan pemilik ladang tenaga boleh diperbaharui solar yang cemerlang,” katanya.

Beliau percaya kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian tenaga bersih kepada pengguna di Malaysia selaras dengan agenda nasional.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In