• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AirAsia Ride Sasar Lebih Ramai Pemandu, Tingkatkan Kepada 50,000 Orang Menjelang Akhir Tahun

in Berita
A A
AirAsia Ride Sasar Lebih Ramai Pemandu, Tingkatkan Kepada 50,000 Orang Menjelang Akhir Tahun

Kredit gambar: https://newsroom.airasia.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

PUCHONG, 1 Jun (Bernama) — Anak syarikat e-hailing Capital A Bhd, AirAsia Ride, menyasarkan untuk mendapat lebih ramai pemandu dan meningkatkannya kepada 50,000 orang menjelang akhir tahun bagi memastikan tambang yang berpatutan untuk penumpang dan pemandunya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serantau AirAsia Ride Lim Chiew Shan berkata isu baru-baru ini mengenai tambang yang tinggi dan kesukaran mendapatkan perkhidmatan tersebut yang semakin meningkat telah mencetuskan lonjakan permintaan untuk AirAsia Ride yang menawarkan tambang lebih konsisten.

Beliau berkata sejak ia dilancarkan pada Ogos tahun lepas, AirAsia Ride telah berkembang dengan pesat dan mencecah 1 juta yang menggunakan perkhidmatan itu pada April dengan tempahan meningkat tiga kali ganda dalam sebulan yang lalu.

“Platform e-hailing yang lain mengenakan tambang yang berlipat kali ganda apabila tidak cukup pemandu.

“Kami percaya pada harga yang berpatutan justeru pihak pelanggan juga mesti dilayan secara adil dengan tambang yang mereka sanggup bayar dan pada masa yang sama, pemandu juga harus diberi bayaran untuk jam tambahan dan minyak. Begitulah cara kami merumuskan tambang,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan pemandu AirAsia Ride di ibu pejabat syarikat itu di SetiaWalk Mall di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Capital A Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata beliau percaya bahawa AirAsia Ride boleh berkembang pesat dan menjadi e-hailing Nombor 1 negara sama seperti cara kumpulan itu mengembangkan perniagaan penerbangannya.

Bagaimanapun, belau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang garis masa untuk mencapainya.

“Apabila kami memulakan perniagaan syarikat penerbangan 20 tahun lalu, matlamat kami adalah untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menjadikannya mampu milik untuk semua orang. Ini adalah satu mesej utama yang saya ulangi kepada (Lim Chiew) Shan semasa kami mula-mula memulakan perniagaan ini.

“Saya berbangga kerana kami masih berpegang kepada visi ini dan memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang. Kini, di mana kami dapat menjadikan penerbangan mampu milik untuk semua orang, kami berbangga kerana dapat membantu pemandu dan penumpang kami juga,” tambahnya.

— BERNAMA

Share280ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In