• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 kepada RM22.19 juta daripada RM12.98 juta sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu menyifatkan peningkatan tersebut disumbangkan oleh pelaksanaan langkah-langkah berhemat dan proaktif bagi mengurus kos operasi serta mengekalkan margin dalam persekitaran pandemik yang mencabar.

Perolehan hasil turut meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM651 juta yang didorong terutamanya oleh prestasi operasi lebih baik dan disokong oleh peralihan kepada fasa endemik COVID-19.

Pendapatan asas sesahamnya meningkat kepada 0.51 sen berbanding 0.30 sen.

Berikutan pretasi yang memberangsangkan, syarikat itu mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 0.25 sen sesaham dengan jumlah pembayaran agregat sebanyak RM11.3 juta yang akan dibayar pada 29 Julai 2022.

“Kami kekal komited untuk meningkatkan lagi nilai bagi para pemegang saham menerusi pulangan secara konsisten,” kata Presiden merangkap Pengarah Urusan KPJ Healthcare Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Mengulas prospek syarikat, KPJ Healthcare sedang menumpukan usaha bagi meningkatkan kecekapan, hospital dan pelaburannya menerusi pelaksanaan pelan transformasi serta strategi pengoptimuman kos.

Seiring dengan keutamaan penjagaan pesakit menerusi usaha memanfaatkan teknologi digital bagi penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berpatutan, syarikat itu juga sedang mengenal pasti pelaburan yang berdaya maju untuk mengembangkan keupayaan dalam aspek penjagaan pencegahan dan kesejahteraan dalam usaha melengkapkan perkhidmatannya yang sedia ada.

—  BERNAMA

Share310ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In