• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MISC Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM376.40 Juta

in Berita, Market Update
A A
Maybank Investment Bank Naikkan Saranan Kepada ‘Beli’ Ke Atas MISC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih MISC Bhd menurun kepada RM376.40 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM429.80 juta yang direkodkan dalam tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, pendapatan adalah 12.9 peratus lebih tinggi pada RM2.86 bilion daripada RM2.54 selepas disumbangkan oleh segmen aset dan penyelesaian gas, petroleum dan penghantaran barangan, perniagaan luar pesisir serta kejuruteraan marin dan berat.

“Hasil berjumlah RM757.7 juta untuk aset dan penyelesaian gas adalah 10.5 peratus lebih tinggi berbanding perolehan dalam suku yang ditinjau sebelumnya iaitu sebanyak RM685.7 juta, ia dipacu daripada jumlah hari yang lebih banyak dalam pajakan kapal pengangkut etana yang besar sejak daripada suku yang sama yang ditinjau sebelum ini,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Sementara itu, pendapatan petroleum dan produk perkapalan sebanyak RM887.3 juta adalah RM92.2 juta lebih tinggi berbanding RM795.1 juta sebelum ini yang dipacu oleh peningkatan kadar pengangkutan dalam segmen kapal tangki pertengahan pada suku semasa.

Selain Itu, perniagaan pesisir pantai turut mencatatkan pendapatan yang lebih baik disebabkan pengiktirafan hasil yang lebih tinggi daripada pengubahsuaian unit terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan.

Sebaliknya, perolehan kejuruteraan marin dan berat adalah disebabkan oleh pertambahan aktiviti membabitkan projek kejuruteraan berat yang berterusan termasuk peningkatan aktiviti limbungan kering di subsegmen marin.

Syarikat itu ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan ia akan terus memberi tumpuan kepada pembaharuan armada kapal tangki mesra alamnya dan membina pendapatan jangka panjang yang terjamin melalui perniagaan kapal tangki ulang-alik untuk segmen petroleum dan penghantaran barangan.

“Unjuran untuk sektor minyak dan gas huluan kekal positif berikutan kenaikan harga serta permintaan minyak global di tengah-tengah pemulhan yang beransur -ansur ke tahap aktiviti yang lebih normal,” katanya.

Segmen kejuruteraan marin dan berat tetap berhati-hati dengan unjuran dalam subsegmen kejuruteraan berat memandangkan tempoh perbelanjaan modal kebanyakan syarikat minyak besar masih mencerminkan ketidakpastian disamping dengan harga keluli yang agak tinggi, manakala subsegmen marin dijangka pulih pada 2022

“Dengan pembukaan sempadan antarabangsa dan pemansuhan keperluan kuarantin wajib, kemasukan pakar teknikal tidak lagi ketat.

“Ini akan meningkatkan potensi perolehan projek-projek daripada pelanggan luar negara,” katanya.

— BERNAMA

Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In