• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Boustead Plantations Meningkat Kepada RM435.16 Juta Pada Suku Pertama

in Berita, Catalyst
A A
Untung Bersih Boustead Plantations Meningkat Kepada RM435.16 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Peningkatan minyak sawit mentah (MSM) dan keuntungan daripada penjualan tanah Kulai Young menyaksikan keuntungan bersih Boustead Plantations Bhd meningkat 3,460 peratus kepada RM435.16 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM12.23 juta pada tahun lepas. 

Perolehan naik kepada RM324.16 juta daripada RM171.94 juta pada tahun sebelumnya berikutan kenaikan harga produk sawit dan pengeluaran tandan buah segar (FFB), yang membawa kepada keuntungan daripada operasi sebanyak RM151.3 juta. 

Sementara itu, keuntungan daripada penjualan tanah Kulai Young berjumlah RM364.1 juta, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Katanya harga purata MSM pada suku pertama sebanyak RM6,030 satu tan, naik 61 peratus daripada suku tahun sama pada tahun lepas sebanyak RM3,751 satu tan.

Harga purata MSM bulanan tertinggi sebanyak RM6,780 satu tan dicatatkan pada Mac 2022, mengatasi harga purata MSM bulanan tertinggi pada tahun lepas sebanyak RM5,159 satu tan dicatatkan pada November 2021.

Harga purata isirung sawit sebanyak RM4,655 satu tan, atau meningkat 85 peratus berbanding sebelum ini.

Menurut Boustead Plantations, pengeluaran FFB pada suku tahun itu sebanyak 195,882 tan meningkat sembilan peratus daripada pengeluaran pada suku pertama 2021 sebanyak 180,165 tan, menyumbang hasil sebanyak 2.9 tan metrik sehektar berbanding 2.7 tan metrik sehektar pada suku tahun sama pada tahun lepas.

“Peningkatan ini merupakan kesan daripada Program Peningkatan Prestasi Perladangan (PPIP) yang dibentangkan dalam Pelan Perniagaan 2022 kumpulan, yang memberi tumpuan kepada peningkatan hasil.

“Kadar pengekstrakan minyak dan kadar pengekstrakan isirung sawit meningkat daripada 20.3 peratus kepada 20.6 peratus dan daripada empat peratus kepada 4.1 peratus,” katanya.

Dari segi wilayah, Semenanjung Malaysia mencapai keuntungan segmen sebanyak RM75.7 juta, meningkat RM49.9 juta daripada keuntungan sebanyak RM25.8 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas manakala wilayah Sabah mencatatkan keuntungan segmen sebanyak RM71.3 juta, mengatasi RM5.8 juta pada tahun lepas dan keuntungan segmen Sarawak sebanyak RM4.3 juta meningkat berbanding tahun lepas sebanyak RM1.8 juta.

Boustead Plantations berkata harga minyak sawit akan kekal kukuh untuk baki suku kedua 2022 berikutan konflik Ukraine-Rusia yang berterusan dan pengeluaran MSM yang terhad akan mengurangkan permintaan yang semakin meningkat untuk minyak makan.

Bagaimanapun, sentimen mengenai Indonesia menarik balik larangan eksport produk minyak sawit akan menambah penurunan kepada harga minyak sawit.

“Bekalan minyak sawit dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini berikutan isu kekurangan tenaga kerja yang semakin reda dengan kemasukan pekerja asing kembali ke Malaysia.

“Pasaran dijangka stabil paling awal pada Julai 2022 dan permintaan terhadap minyak sawit dijangka meningkat berikutan tebaran harga yang baik antara minyak kacang soya, selain penukaran penggunaan minyak bunga matahari kepada minyak sawit berikutan konflik Eropah,” katanya.

Secara keseluruhannya, kumpulan gembira dengan trend harga meningkat dan pengeluaran tanaman yang menggalakkan pada suku pertama 2022. 

Ia akan terus memberi tumpuan kepada PPIP untuk meningkatkan lagi produktiviti pada suku tahun akan datang bagi mengambil peluang daripada harga MSM yang kukuh.

— BERNAMA

Share317ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In