• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penubuhan Inkubator Blockchain, IoT Lengkapkan Ekosistem Pembuatan Pulau Pinang

in Berita, Catalyst
A A
Penubuhan Inkubator Blockchain, IoT Lengkapkan Ekosistem Pembuatan Pulau Pinang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GEORGE TOWN, 23 Mei (Bernama) — Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), adalah tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata 25 Startups akan menarik pelbagai syarikat permulaan tempatan dan asing yang khusus dalam Blockchain dan loT yang matlamatnya untuk menguji potensi pasaran mereka dalam industri teknologi Malaysia yang berkembang pesat dan membangunkan produk mereka di peringkat tempatan di Pulau Pinang.

“Sepanjang tempoh 50 tahun, Pulau Pinang telah membina ekosistem pembuatan yang kukuh. Bagaimanapun, pembuatan sahaja tidak mencukupi untuk berada di hadapan dan memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan.

“Kami amat percaya bahawa kita perlu melengkapkan kekuatan ini dalam teknologi perkakasan dengan penyelesaian perisian digital yang menarik dan unik,” katanya dalam ucapan pada perasmian pejabat 25 Startups di sini malam ini.

Walaupun pandemik telah memperlahankan pertumbuhan syarikat permulaan dalam beberapa tahun ini, katanya Pulau Pinang bertentangan dengan trend itu dengan peningkatan aktiviti baru-baru ini dan kadar pertumbuhan di sini mungkin lebih tinggi dengan pemain yang sesuai.

Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur, mempunyai industri pembuatan yang kukuh dengan pengalaman selama 50 tahun, menempatkan lebih 350 syarikat multinasional dan lebih 3,000 perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan, dan menarik jutaan pelancong setiap tahun.

Oleh itu, syarikat permulaan teknologi boleh memanfaatkan rantaian bekalan syarikat gergasi teknologi dan syarikat perindustrian ini untuk menyelesaikan masalah dan isu dunia sebenar.

“Dengan semua ruang kerja bersama ini terletak di Daerah Digital Kreatif di sini di George Town, saya berharap syarikat permulaan akan mengambil peluang untuk menyertai dan bersepadu dengan hab ini yang dikuasakan sepenuhnya oleh infrastruktur 5G untuk memenuhi semua keperluan digital.

“Saya yakin pembukaan pusat ini akan menggalakkan lebih ramai pemain utama dari sektor swasta untuk menyertai ekosistem itu, seperti inkubator, pemecut, pelabur dan pemodal teroka selain meningkatkan standard untuk memenuhi kepentingan global,” katanya.

Firma modal teroka di sebalik 25 Startups, Pengerusi Karuna Khoshee Venture Capital Sdn Bhd Datin Ros Suryati Alang berkata selain menggalakkan syarikat permulaan dalam Blockchain dan IoT, ia turut menumpukan usahanya untuk mentransformasikan inovasi syarikat permulaan tersebut kepada model perniagaan yang mencatatkan keuntungan yang boleh dikomersialkan.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In