• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Trafik Antarabangsa Di Rangkaian Lapangan Terbang Tempatan Melonjak 53 Peratus

in Berita, Catalyst
A A
Malaysia Airport MAHB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 53 peratus susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April, 2022.

MAHB yang menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di negara ini menjelaskan, ia telah merekodkan purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri yang panjang baru-baru ini.

“Secara keseluruhannya, lapangan-lapangan terbang merekodkan 642,128 pergerakan penumpang antarabangsa, di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menunjukkan peningkatan paling ketara — masing-masing lebih 200 peratus berbanding bulan sebelum ini,” menurut MAHB dalam kenyataan pada Isnin.

Ia menambah, sejumlah 2.78 juta penumpang direkodkan bagi Malaysia pada April, dengan pergerakan penumpang domestik sebanyak 2.13 juta atau 77 peratus.

Sementara itu, bagi operasi Malaysia dan Turki (Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul), MAHB merekodkan 4.90 juta pergerakan penumpang, penurunan sebanyak 7.9 peratus daripada angka pada Mac.

“Penurunan pergerakan penumpang ini kerana April merupakan bulan suci Ramadan yang menyaksikan permintaan untuk perjalanan di dalam dan di seluruh dunia berkurangan.

“Daripada jumlah pergerakan trafik penumpang sebanyak 4.89 juta, lapangan terbang tempatan di Malaysia menyumbang 57 peratus, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul di Turki mencatatkan 2.13 juta penumpang, terdiri daripada 1.05 juta penumpang antarabangsa dan 1.08 juta penumpang domestik,” jelasnya.

Menurut MAHB, lima syarikat penerbangan menyambung semula 17 laluan antarabangsa bulan lepas iaitu Vietjet Air, Scoot, AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia X.

Pengarah Urusan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata pihaknya juga gembira kerana lapangan terbang landasan pendek Tioman (TOD) telah beroperasi semula pada bulan ini untuk menyediakan laluan Lapangan Terbang Subang-TOD bagi SKS Airways.

Beliau berkata pada masa ini SKS Airways merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dengan perkhidmatan berjadual yang terbang di laluan ini empat kali seminggu.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan rakan kongsi untuk mempercepat kadar pemulihan sektor domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Vietjet menawarkan penerbangan bagi laluan Ho Chi Minh City-Kuala Lumpur (KUL) dengan perkhidmatan empat kali seminggu dan merupakan syarikat penerbangan keempat yang terbang di laluan ini manakala Scoot menyambung semula perkhidmatan penerbangan hariannya untuk laluan Kota Kinabalu-Singapura.

Sementara itu, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, termasuk AirAsia Bhd, Thai AirAsia dan AirAsia X, menyambung semula laluan Kota Kinabalu-Singapura; KUL-Hanoi; Langkawi-Singapura; Ipoh-Singapura; Hatyai-KUL; Don Mueng-Pulau Pinang; KUL-Incheon; KUL-New Delhi; KUL-Ho Chi Minh City; KUL-Bengaluru; KUL-Kolkata; KUL-Kochi; KUL-Chennai; KUL-Tiruchirappall dan KUL-Siem Reap.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In