• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk Bersih RM26.15 Juta

in Berita, Market Update
A A
Ekonomi Malaysia Dijangka Kembali Pulih Tahun Depan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih untuk minggu berakhir 20 Mei, mencatatkan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM26.15 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).

Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini, firma itu berkata peruncit tempatan bertukar menjadi penjual bersih selepas lima minggu berturut-turut menjadi pembeli bersih, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM8.03 juta.

“Sementara itu, institusi tempatan pula  terus menjadi penjual bersih dengan kedudukan jualan bersih sebanyak RM18.12 juta minggu lepas,” kata firma penyelidikan itu.

MIDF Research berkata sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih untuk tempoh 16 daripada 20 minggu bagi tahun 2022, mencatatkan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM7 bilion.

“Mereka adalah penjual bersih pada hari Selasa dan Rabu, masing-masing merekodkan RM51.97 juta dan RM10.60 juta,” tambahnya.

Sementara itu, institusi tempatan merupakan pembeli bersih pada Selasa dan Rabu, masing-masing mencatatkan RM57.68 juta dan RM13.23 juta.

Menurut MIDF Research, jualan bersih tertinggi dicatatkan pada hari Jumaat pada RM63.07 juta manakala jualan bersih paling sedikit pada Khamis sebanyak RM25.96 juta.

Firma itu menambah institusi tempatan telah menjadi penjual bersih selama 17 daripada 20 minggu setakat tahun ini, menjual ekuiti berjumlah sehingga RM8.11 bilion.

“Peruncit tempatan adalah penjual bersih dari Selasa hingga Khamis, dengan jumlah jualan bersih RM13.55 juta.

“Dengan pengecualian hari Jumaat, peruncit tempatan merekodkan belian bersih sebanyak RM5.52 juta untuk minggu itu,” katanya.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 13.14 peratus manakala  peruncit tempatan mencatatkan penurunan sebanyak 1.06 peratus dan institusi tempatan turut merosot sebanyak 0.75 peratus.

MIDF Research berkata Malayan Banking Bhd merekodkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM2.92 juta minggu lepas manakala Inari Amertron Bhd menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak RM2.30 juta.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In