• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Gas Catat Keuntungan Lebih Rendah Disebabkan Cukai Kemakmuran

in Berita, Catalyst
A A
Petronas Gas Catat Keuntungan Lebih Rendah Disebabkan Cukai Kemakmuran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM410.58 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM516.40 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih yang lebih rendah ini adalah disebabkan oleh kadar cukai efektif yang lebih tinggi berikutan pengenaan cukai kemakmuran dan keuntungan pra-cukai yang lebih rendah, kata PGB dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kumpulan itu telah menyaksikan peningkatan pendapatan pada suku tersebut sebanyak RM1.46 bilion daripada RM1.34 bilion dari tahun ke tahun selepas disumbangkan oleh hasil yang lebih baik daripada segmen utiliti disebabkan oleh keuntungan dalam harga produk dan jumlah elektrik yang lebih tinggi.

PGB juga mengisytiharkan dividen interim sebanyak 16 sen sesaham bersamaan dengan RM316.60 juta, sama seperti suku tahun yang sama pada tahun lepas, ini menonjolkan daya tahannya dalam mengekalkan prestasi di tengah-tengah persekitaran pasaran yang mencabar.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Aziz Othman berkata prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Beliau menambah PGB telah menyimpulkan beberapa pembaharuan kontrak dengan pelanggan utiliti jangka panjangnya untuk suku pertama.

“Melangkah ke hadapan, kami berhasrat untuk memuktamadkan baki pembaharuan kontrak utiliti tahun ini yang sepatutnya menyumbang secara lebih positif kepada segmen, selain daripada peluang penerokaan komersial di luar pasaran kaptif kami.

“Kami juga sedang menumpu kepada pengurusan kos termasuk kecekapan bagi menangani kos atau kenaikan harga dengan lebih berkesan,” kata Abdul Aziz.

PGB berkata prestasinya pada 2022 dijangka kekal berdaya tahan, didorong oleh peningkatan permintaan pelanggan.

Menurut syarikat itu lagi, model perniagaan kumpulan dan kontrak jangka panjang dijangka akan menjamin aliran pendapatan yang mantap terutamanya untuk pemprosesan, pengangkutan gas serta segmen perniagaan regasifikasi.

— BERNAMA

Share478ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In