• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta

in Berita, Market Update, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Untung bersih Dialog Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2022 susut kepada RM133.07 juta daripada RM136.17 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan 2021, terutama disebabka kos projek yang lebih tinggi.

Perolehan melonjak 46.5 peratus kepada RM593.43 juta daripada RM405.18 juta bagi tempoh yang sama, dipacu oleh operasi Malaysia dan antarabangsa yang menyaksikan peningkatan aktiviti perniagaan.

Penyedia perkhidmatan bersepadu minyak dan gas itu mengumumkan dividen interim sebanyak 1.30 sen untuk setiap saham biasa bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022 yang akan dibayar pada 28 Jun, 2022 berbanding 1.20 sen sesaham bagi tahun kewangan lepas.

“Pendapatan lebih tinggi yang dilaporkan operasi Malaysia pada suku dan tahun kewangan semasa setakat ini telah didorong oleh peningkatan aktiviti dalam sektor minyak dan gas huluan, pertengahan dan hiliran,” jelas Dialog dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Ia menambah, aktiviti huluan mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi dan tangki penyimpanan Dialog Terminals Pengerang (5) Sdn Bhd (DTP5) yang telah beroperasi pada Februari 2021 dan ini menyumbang kepada perolehan lebih tinggi bagi perniagaan pertengahan.

Di peringkat antarabangsa, syarikat itu juga melaporkan perolehan lebih tinggi untuk suku ketiga dan tahun kewangan semasa setakat ini disumbangkan oleh aktiviti kejuruteraan, pembinaan dan perkhidmatan loji di Singapura yang lebih rancak serta jualan produk dan perkhidmatan pengkhususan yang lebih tinggi di beberapa negara.

Dialog merekodkan pendapatan sesaham lebih rendah iaitu 2.36 sen bagi suku ketiga berbanding 2.41 sen sebelumnya.

Mengenai prospek, pandemik COVID-19 yang berterusan dan krisis Ukraine telah menyuramkan prospek ekonomi global dengan tanda-tanda kemerosotan (selanjutnya), jelas syarikat itu.

Ia juga akan mengekalkan pendekatan yang sangat berhemat untuk menguruskan risiko dan mengambil langkah proaktif untuk menguruskan kewangan kumpulan.

“Perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi telah diteliti semula manakala langkah pengurangan kos diteruskan tanpa menjejaskan operasi dan penyampaian perkhidmatan kami kepada pelanggan,” tambahnya.

Menurut Dialog, dalam perniagaan huluan, unjuran umum terhadap pasaran minyak mentah bertambah baik selepas gangguan permintaan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine.

“Kami akan terus meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan huluan selain mencari peluang secara aktif untuk pembangunan serta perkhidmatan pengeluaran dan aset kami, di samping menggabungkan teknologi baharu sepanjang usaha untuk membantu menguruskan pelepasan gas rumah hijau,” jelasnya.

Bagi perniagaan pertengahan, pembangunan berterusan Terminal Air Dalam Pengerang untuk menjadi hab petroleum dan petrokimia terbesar di rantau Asia-Pasifik kekal menjadi tumpuan syarikat.

Ia yakin prestasinya kekal menguntungkan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In