“Selalu buka Heatmap ni untuk saham antarabangsa je dekat finviz, untuk Bursa Malaysia pun boleh ke?”
Heatmap atau peta saham ini sedikit sebanyak sebenarnya mampu membantu pelabur untuk membuat keputusan pelaburan mereka.
Sebelum ini, heatmap saham ini hanya boleh dilihat untuk pasaran saham gergasi sahaja seperti pasaran di Wall Street menggunakan Finviz, tetapi kali ini anda juga boleh melihat heatmap ini untuk pasaran saham tempatan menggunakan .
Mari kita lihat tutorial cara untuk melihat Heatmap untuk pasaran saham tempatan kita.
1. Buka TradingView Dan Tekan Bahagian Screener

Langkah pertama anda perlu layari website seperti gambar diatas. Pastikan anda buka pada laman paling hadapan seperti gambar diatas.
Kemudian, anda pilih pilihan screener seperti dalam kotak merah diatas kemudian pilih pilihan Stock Heatmap seperti yang ditunjukan pada gambar diatas.
Stock Heatmap ini adalah merupakan fungsi baru oleh untuk penggunanya.
2. Pilih Pasaran Saham Pilihan Anda

Selepas memilih screener Heatmap tadi, secara default stok Heatmap ini akan menunjukkan Heatmap pasaran Amerika Syarikat seperti gambar diatas.
Untuk mengubah pasaran ini, anda perlu menekan bahagian kotak merah pada bahagian atas kiri gambar diatas.

Selepas menekan bahagian tadi, anda akan dihidangkan dengan pilihan pasaran saham negara-negara lain.
Untuk melihat heatmap pasaran saham Bursa Malaysia, pilih pilihan All Malaysian companies seperti gambar diatas.
3. Heatmap Pasaran Saham Tempatan Sedia Dilihat
Selepas memilih All Malaysia companies tadi, Heatmap tadi akan bertukar kepada Heatmap pasaran Malaysia seperti gambar diatas.
Di sini anda akan melihat syarikat-syarikat dalam semua industri di Malaysia mengikut saiz pasaran dan juga peratus perubahan harga semasa setiap saham di pasaran saham Malaysia.
Apa Kegunaan Heatmap Ini Kepada Pelabur?
Kegunaan Heatmap ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran ringkas keadaan pasaran saham suatu negara tersebut. Jika banyak merah, tahulah kita bahawa pasaran negara tersebut sedang berada di lautan api.
Jika banyak hijau, besarlah peluang kita sebagai pelabur untuk mencari ruang dan peluang untuk membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
Semoga artikel ini membantu pembaca semua dalam membuat kajian saham anda semua.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.




