• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kilang Sarung Tangan GIIB Di Nilai Mula Beroperasi

in Berita
A A
Kilang Sarung Tangan GIIB Di Nilai Mula Beroperasi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — GIIB Holdings Bhd (GIIB), melalui anak syarikat 51 peratus miliknya, GIIB Healthcare Products Sdn Bhd akan memulakan operasi pembuatan sarung tangan lateks di kilangnya di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan, GIIB berkata kilang itu mempunyai lima barisan mesin celup sarung tangan dengan kapasiti pengeluaran 1.05 bilion keping sarung tangan setahun yang boleh ditukar ganti untuk menghasilkan sarung tangan lateks atau nitril.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi Eksekutif GIIB, Tai Boon Wee berkata pelancaran kilang itu hari ini menandakan kejayaan kumpulan itu dalam pembuatan sarung tangan.

“Kami telah mendapat pesanan jualan yang kukuh untuk tahun ini, mempamerkan kualiti produk kami dan menjangkakan perniagaan sarung tangan itu akan mula menyumbang kepada keuntungan bagi tahun kewangan kami yang berakhir pada 30 Jun, 2023,” kata Tai.

Beliau berkata menghasilkan pada kapasiti penuh dan purata harga jualan semasa kira-kira RM90 bagi setiap 1,000 sarung tangan lateks, dijangkakan sumbangan hasil daripada loji ini boleh mencecah kira-kira RM94 juta setahun.

Sebagai perbandingan, kumpulan itu melaporkan hasil sebanyak RM36.6 juta untuk tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember, 2021.

“Kami menjangkakan eksport sarung tangan getah kekal kukuh dengan pertumbuhan dua angka di peringkat serantau. Secara keseluruhan, kami percaya permintaan untuk sarung tangan akan kekal kukuh berikutan peningkatan kesedaran kesihatan yang disebabkan oleh pandemik tersebut.

“Kami optimis bahawa usaha ini akan menyediakan syarikat itu dengan aliran pendapatan yang mampan dan meningkatkan keuntungan kumpulan pada masa hadapan,” kata Tai.

— BERNAMA

Tags: GIIB Healthcare Products Sdn BhdGIIB Holdings BhdNilaisarung tangan
Share291ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In