• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

LTAT Mahu Tambah Peruntukan Ekuiti Awam Kepada 50 Peratus, Sasar Pelaburan Global

in Berita
A A
LTAT Mahu Tambah Peruntukan Ekuiti Awam Kepada 50 Peratus, Sasar Pelaburan Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyasarkan untuk meningkatkan pendedahan ekuiti awamnya kepada 50 peratus menerusi pelarasan semula peruntukan aset sejajar dengan rancangan bagi memasuki pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata dana persaraan itu berhasrat meningkatkan peruntukan ekuiti awamnya kepada 50 peratus daripada 44.1 peratus dengan 20 peratus khusus bagi pelaburan asing.

“Oleh itu, LTAT akan menumpukan sebanyak 20 peratus bagi tujuan pelaburan luar negara manakala baki 30 peratus untuk pasaran domestik.

“Kami menyasarkan untuk melakukan pelaburan (luar negara) pada suku ketiga atau suku keempat tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia,” katanya pada sesi bual bicara ‘MIDF Conversations’ dengan Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Wardini Mokhzani di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Ahmad Nazim berkata LTAT juga merancang untuk mengurangkan pendedahannya dalam sektor hartanah kepada 10 peratus berbanding 27.3 peratus sebelum ini dan meningkatkan pendedahan dalam segmen pendapatan tetap kepada 20 peratus berbanding 8.4 peratus.

“Kami berhasrat untuk mengurangkan pendedahan dalam ekuiti swasta kepada 10.0 peratus daripada 13.3 peratus sebelum ini. Ini sejajar dengan strategi untuk memberi pulangan mampan kepada angkatan tentera berbanding dividen yang tinggi,” katanya.

Menjawab soalan mengenai kedudukan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang berdepan isu kewangan, Ahmad Nazim berkata LTAT kini dalam proses menyusun semula syarikat berkenaan dengan rangka kerja tepat bagi membolehkan projek kapal tempur litoral dapat diteruskan.

LTAT mempunyai pendedahan langsung menerusi pegangan majoriti 59.4 peratus dalam Boustead Holdings Bhd (BHB) yang tersenarai di Bursa Malaysia serta 61 peratus kepentingan dalam BNS yang mana 82 peratus kepentingannya dimiliki oleh BHB.

“Memang ada idea untuk mengeluarkan perniagaan pertahanan daripada entiti yang tersenarai. Kewujudan perniagaan pertahanan dalam kumpulan itu telah mewujudkan banyak ketidaktentuan, terutamanya bagi kalangan penganalisis dan pengurus dana.

“Oleh itu, dengan mengeluarkannya, perniagaan lain (dalam kumpulan) seperti Pharmaniaga dan Affin Bank dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.

LTAT merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan aspek simpanan persaraan serta manfaat untuk kalangan pegawai serta anggota lain-lain pangkat dan anggota kerahan sukarela.

Setakat Disember 2021, dana tersebut mempunyai aset di bawah pengurusan yang bernilai hampir RM9.7 bilion.

Portfolio pelaburannya merangkumi pelbagai kelas aset dan industri sejak 2019 dan LTAT telah melaksanakan pelan transformasi lima tahun dengan aspirasi menjadi dana persaraan bertaraf dunia yang mampu memberi dividen kompetitif dan mampan, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan meningkatkan kesejahteraan anggota tentera serta anggota kerahan sukarela.

Impak transformasi itu dapat dilihat menerusi pengumuman dividen sebanyak 4.1 peratus kepada lebih 110,000 ahlinya bagi tahun fiskal 2021 — meningkat daripada 3.5 peratus pada 2020 serta angka tertinggi sejak 2018. 

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In