• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kenaikan OPR Tidak Jejas Pertumbuhan Pinjaman Walaupun Potensi Ketidaktentuan Jangka Pendek

in Berita
A A
Kenaikan OPR Tidak Jejas Pertumbuhan Pinjaman Walaupun Potensi Ketidaktentuan Jangka Pendek
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Firma penyelidikan menyifatkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas yang lebih awal daripada jangkaan kepada 2.0 peratus tidak memberi impak kepada pertumbuhan pinjaman bank walaupun situasi tidak menentu dijangka berlaku dalam jangka pendek.

MIDF Research mengekalkan saranan positif terhadap sektor perbankan berikutan dividen dan pendapatan perbankan bersedia menerima manfaat daripada kenaikan Margin Faedah Bersih (NIM).

“Kami tidak menjangka sebarang penurunan ketara pertumbuhan pinjaman dalam masa terdekat berikutan petunjuk utama masih kukuh (pertumbuhan permohonan pinjaman pada Mac 2022: peningkatan 4.6 peratus tahun ke tahun, naik 47.8 peratus bulan ke bulan) dan trend pemulihan yang teguh bagi permintaan pengguna dan korporat,” katanya menerusi nota penyelidikan.

MIDF berkata pendapatan dan tawaran dividen penggiat perbankan bersedia menerima manfaat daripada NIM yang lebih tinggi.

“Sebarang potensi impak negatif ke atas permintaan pinjaman dan pertumbuhan akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) dijangka minimum. 

“Selain itu, kami masih optimis dengan unjuran peserta industri perbankan yang akan disokong oleh kos kredit lebih rendah pada 2022, potensi masuk kira semula kredit pada 2023 dan permintaan pinjaman yang lebih kukuh,” katanya.

Kenanga Investment Bank mengekalkan penarafan semalaman terhadap sektor perbankan memandangkan dasar monetari yang ketat dijangka membendung kesan inflasi daripada harga komoditi yang tidak menentu baru-baru ini dan gangguan rantaian bekalan.

“Tidak dinafikan ia memberi kebaikan kepada institusi kewangan kerana boleh menetapkan harga pada kadar lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan. Kami tidak yakin bahawa kenaikan itu akan menjejaskan ekonomi tempatan setakat ini, berikutan kualiti aset industri dilihat masih boleh diuruskan selepas moratorium,” katanya.

Dalam pada itu, AmInvestment Bhd mengekalkan penarafan beli lebih kepada sektor perbankan dan kekal positif terhadap sektor itu berikutan kitaran peningkatan kadar faedah yang akan memanfaatkan bank, antaranya dari segi pendapatan faedah.

“Kami juga meramalkan satu lagi kenaikan sebanyak 25 bps, menjadikan OPR lebih tinggi kepada 2.25 peratus pada separuh kedua 2022 daripada 2.0 peratus pada masa ini,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata, walaupun terdapat situasi yang tidak menentu dalam jangka pendek, bermulanya kitaran normalisasi kadar dan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur akan menghasilkan kualiti aset yang lebih baik, pertumbuhan pinjaman dan pengembangan margin — kesemuanya manfaat jangka sederhana ke atas sektor itu.

“Walaupun kami mengekalkan saranan neutral terhadap sektor ini, ia terus berada dalam kecenderungan positif,” katanya.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In