• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Harga MSM Kekal Memberangsangkan Pada Separuh Pertama 2022

in Berita
A A
Pengusaha Ladang Kelapa Sawit Boleh Tangani Kenaikan Kos Operasi Dengan Tingkatkan Hasil FFB – CGS-CIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sihat untuk separuh pertama 2022 dengan jangkaan pembetulan kecil pada separuh kedua 2022 apabila pengeluaran MSM diunjurkan meningkat.

Hap Seng Plantations Holdings Bhd (Hap Seng Plantations) berkata pengeluaran minyak sawit menunjukkan tanda pemulihan pada suku pertama 2022 walaupun berlakunya hujan lebat dan banjir yang menjejaskan aktiviti penuaian dan pemprosesan, khususnya di Sabah.

“Bagaimanapun, kumpulan itu menjangkakan tekanan kos meningkat berikutan peningkatan kos baja dan bahan api, ditambah dengan kenaikan gaji minimum berkuat kuasa Mei 2022,” katanya dalam Laporan Tahunan 2021 kumpulan.

Syarikat itu berkata industri minyak sawit Malaysia merekodkan harga MSM tertinggi sepanjang masa melebihi RM8,000 satu tan pada suku pertama 2022 disebabkan gangguan dalam bekalan minyak makan pesaing serta diburukkan lagi oleh ketegangan geopolitik semasa.

Harga MSM terus meningkat, didorong oleh pengeluaran yang lebih rendah dan permintaan yang kian bertambah berikutan pemulihan ekonomi global.

Hap Seng Plantations berkata prospek kumpulan itu kebanyakannya bergantung kepada faktor makroekonomi domestik dan global yang mempengaruhi pasaran minyak sawit seperti keadaan cuaca di negara pengeluar biji minyak, dasar kerajaan terhadap biodiesel dan corak tanaman bermusim buah tandan segar.

Kumpulan itu turut meramalkan pengeluaran minyak sawit Malaysia mencecah hampir 19 juta tan tahun ini.

Ia menambah perubahan baru-baru ini dalam struktur cukai eksport dan dasar minyak masak domestik di Indonesia kemungkinan akan mengalihkan permintaan untuk MSM dari Indonesia ke Malaysia.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In