• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Seng Fong Peroleh Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Di Papan Utama

in Berita
A A
Seng Fong Peroleh Kelulusan SC Untuk Penyenaraian Di Papan Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Seng Fong Holdings Bhd, pengeluar getah dan pedagang Getah Standard Malaysia (SMR) serta getah blok gred premium mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Pengarah Urusan Seng Fong Er Hock Lai berkata penyenaraian itu akan membantu syarikat mengembangkan pangkalan pelanggannya di peringkat global sambil membolehkan mereka mendapat akses kepada pasaran modal untuk mengumpul dana bagi peluang pertumbuhan masa hadapan.

“Penyenaraian itu juga membolehkan kami mengumpul dana yang kami perlukan untuk pemasangan sistem biojisim yang akan menyediakan sumber bahan api untuk operasi pemprosesan kami dan pada masa yang sama mencapai penjimatan kos dengan mengurangkan kos bahan api keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Er berkata Seng Fong akan memasang dua unit sistem solar untuk membantu syarikat mengurangkan kos elektrik “serta membantu kami mencapai matlamat kemampanan kami untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.”

Sebahagian daripada hasil daripada penyenaraian itu juga akan disalurkan kepada keperluan modal kerja, yang akan termasuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan membayar balik pinjaman bank, merangkumi pinjaman berjangka untuk pemasangan sistem solar, katanya.

Menurut draf prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Seng Fong yang disiarkan di laman sesawang SC, penyenaraian itu melibatkan tawaran awam permulaan sehingga 160.87 juta saham biasa yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90.81 juta saham dan tawaran untuk dijual sehingga 70.06 juta saham.

Saham IPO dibahagikan kepada tawaran institusi sehingga 118.68 juta saham mewakili 22.9 peratus daripada saham terbitan yang diperbesarkan dan, tawaran runcit sehingga 42.20 juta saham mewakili 8.1 peratus daripada saham terbitan yang diperbesarkan.

Dengan sejarah sejak 1986, Seng Fong terlibat terutamanya dalam pemprosesan getah blok gred SMR dan premium serta perdagangan getah blok, dan pelanggannya kebanyakannya adalah pengeluar tayar atau peniaga getah antarabangsa.

Syarikat itu juga mengendalikan makmal yang diluluskan oleh Lembaga Getah Malaysia untuk ujian, penggredan dan pensijilan getah blok yang diproses.

Hampir semua hasil Seng Fong diperoleh daripada jualan kepada pelanggan antarabangsa untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019 hingga 2021.

Hong Leong Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO tersebut.

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In