• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih Dengan Aliran Masuk RM247.62 Juta

in Berita
A A
Kenaikan Inflasi Mungkin Dorong Kenaikan Kadar Faedah Pada Separuh Kedua 2022 – Penganalisis
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih sekali lagi untuk minggu berakhir 22 April, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih RM247.62 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) .

Dalam Laporan Aliran Dananya, ia berkata peruncit tempatan mengekalkan kedudukan belian bersih pada RM25.74 juta manakala institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih dengan mencatatkan sejumlah RM273.35 juta minggu lepas.

“Sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 13 daripada 16 minggu bagi tahun 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih RM7.16 bilion.

“Mereka adalah penjual bersih pada Isnin lepas, mencatatkan sejumlah RM75.28 juta tetapi menjadi pembeli bersih bermula Rabu hingga Jumaat,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam pada itu,  institusi tempatan adalah pembeli bersih pada hari Isnin, merekodkan sebanyak RM73.59 juta sebelum bertukar kepada penjual bersih dari Rabu kepada Jumaat.

“Mereka telah menjadi penjual bersih selama 11 minggu berturut-turut sejak minggu berakhir 11 Feb dan sebagai penjual bersih selama 14 daripada 16 minggu tahun ini. Sehingga kini, mereka telah melupuskan  RM7.77 bilion ekuiti,” katanya.

Pasaran ditutup pada hari Selasa minggu lepas sempena cuti umum sambutan Nuzul Al-Quran.

Sementara itu, pergerakan peruncit tempatan agak bercampur-campur minggu lepas dengan belian bersih pada hari Isnin dan Jumaat manakala jualan bersih pada hari Rabu dan Khamis.

Setakat tahun ini, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih, merekodkan sejumlah RM613.89 juta, kata MIDF Research.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 9.67 peratus.

Sebaliknya, peruncit tempatan dan institusi tempatan mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak -8.12 peratus dan -1.99 peratus.

MIDF Research menambah minat pelabur asing mungkin terus mengalir ke pasaran ASEAN seperti Malaysia kerana ia akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi.

— BERNAMA

Share317ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In