• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SC: Pihak Berkepentingan Pasaran Modal Perlu Selaraskan Fokus, Nilai Impak Untuk Keperluan Pasaran

in Berita
A A
SC: Pihak Berkepentingan Pasaran Modal Perlu Selaraskan Fokus, Nilai Impak Untuk Keperluan Pasaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Meskipun pasaran modal Malaysia telah bersedia untuk meraih manfaat daripada unjuran pemulihan ekonomi domestik, adalah penting bagi pihak berkepentingan  menyelaraskan fokus dan menilai kesan untuk menggunakan pendekatan dan inisiatif berbeza yang paling sesuai untuk keperluan pasaran, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini.

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pasaran Modal Islam) Sharifatul Hanizah Said Ali berkata dalam berbuat demikian, SC telah menghasilkan Pelan Induk Pasaran Modal 3 (CMP3), pelan strategik lima tahun untuk pertumbuhan pasaran modal Malaysia.

Beliau berkata inisiatif strategik dalam tempoh lima tahun akan datang akan dipandu oleh pembangunan utama dan keutamaan kawal selia.

“Teras strategik ini menumpukan pada memangkin pertumbuhan berdaya saing, memperkasakan pelabur untuk masa depan yang lebih baik dan membentuk ekonomi pihak berkepentingan, sambil menerapkan akauntabiliti bersama, mengutamakan kecekapan dan hasil, serta menerima teknologi,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di e-Persidangan Majlis Perancang Kewangan Malaysia yang kesembilan hari ini.

Sharifatul Hanizah berkata SC berhasrat untuk memudahkan persekitaran yang kondusif bagi menyokong pemerkasaan pelabur selain meningkatkan celik kewangan sejajar dengan CMP3.

Beliau menambah pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan 3.0 peratus kepada RM3.5 trilion pada 2021 daripada RM3.4 trilion pada 2020.

“Walaupun berhadapan pelbagai cabaran yang disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu, pasaran modal terus memainkan peranan penting dalam membiayai ekonomi dengan peningkatan ketara dalam aktiviti pengumpulan dana dan menggalakkan pertumbuhan keseluruhan industri pengurusan dana,” katanya.

Jumlah dana yang diperoleh dalam pasaran modal kekal kukuh, meningkat kepada RM130.9 bilion pada 2021 — melebihi purata lima tahun prapandemik sebanyak RM121.4 bilion.

Sharifatul Hanizah berkata adalah penting untuk meningkatkan tahap standard profesional dan mengendalikan keperluan untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri perancangan kewangan.

Beliau menambah SC mengeluarkan garis panduan Conduct for Capital Market Intermediaries pada 1 April, yang juga terpakai kepada perancang kewangan berlesen untuk memupuk tingkah laku perniagaan  dan budaya korporat yang baik bertumpukan kepada layanan adil terhadap pelanggan dan untuk menggalakkan kepercayaan kepada semua pengantara. 

Sharifatul Hanizah berkata walaupun peraturan boleh memainkan peranan untuk mempromosikan budaya yang betul, industri juga mesti terus membentuk tingkah laku yang betul dalam organisasi mereka sendiri.

“Untuk tujuan ini, adalah baik untuk melihat penyelarasan dan peningkatan kod etika dan piawaian amalan terbaik industri oleh persatuan pensijilan yang berkaitan,” tambahnya.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In