• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Cainiao Berpangkalan Di China Sasar P. Pinang Sebagai Tapak Pengedaran

in Berita
A A
Cainiao Berpangkalan Di China Sasar P. Pinang Sebagai Tapak Pengedaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

GEORGE TOWN, 14 April (Bernama) — Cainiao Smart Logistics Network Ltd yang berpangkalan di China merancang untuk mewujudkan tapak pengedaran di Batu Maung, Pulau Pinang bagi memanfaatkan lokasi strategik dan kepesatan e-dagang global.

Syarikat logistik yang merupakan gabungan di bawah Alibaba Group Holding Ltd itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk melaksanakan kajian daya maju dan kebolehlaksanaan bagi pembangunan tapak pengedaran yang dirancang tersebut termasuk komponen yang dicadangkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata hasil kajian itu dijangka diperoleh dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

“Susulan pemeteraian MoU tersebut, Cainiao menguntukkan sebidang tanah dengan keluasan 12.14 hektar milik PDC, berhampiran Kompleks Kargo Udara Batu Maung dan kira-kira 3.1 kilometer dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, untuk dikaji bagi pembangunan tapak pengedaran itu.

“Tapak pengedaran di Pulau Pinang itu telah dirancang untuk merangkumi hab e-dagang dan logistik serantau, menyediakan perkhidmatan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana selain memenuhi permintaan pengendali kargo udara terhadap gudang dan pengedaran ,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian MoU itu di sini, pada Khamis.

Beliau berkata susulan berlakunya pengembangan industri logistik global, rancangan bagi tapak pengedaran di Pulau Pinang itu adalah tepat pada masanya dan relevan.

Chow berkata pusat-pusat pengedaran akan menyediakan lokasi tunggal untuk menyimpan stok bagi sejumlah besar produk, menjadikannya sebagai komponen asas untuk rangkaian bekalan, justeru kemudahan seperti itu mendapat permintaan tinggi di negeri ini, yang merupakan lokasi utama untuk industri dan perniagaan berorientasikan eksport.

MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDC, Aziz Bakar manakala Cainiao KLIA Aeropolis Sdn Bhd diwakili CEO, Tim Fan.

Fan berkata Malaysia merupakan sebuah lokasi strategik untuk syarikat logistik itu, dan pihaknya menjangkakan peluang besar untuk berkembang dalam pasaran ini.

“Hab pertama kami di Malaysia terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kami mahu mengembangkan perniagaan di wilayah utara, dengan Pulau Pinang menjadi hab kedua,” katanya.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In