• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Nilai Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Tumbuh 11.2 Peratus Pada Feb 2022 – DOSM

in Berita
A A
Nilai Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Tumbuh 11.2 Peratus Pada Feb 2022 – DOSM
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Februari 2022 berjumlah RM131.6 bilion, tumbuh sebanyak 11.2 peratus berbanding bulan yang sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut kenyataan, DOSM menjelaskan bagaimamapun, nilai jualan ini susut sebanyak 5.3 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan nilai jualan pada Februari 2022 dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau (16.4 peratus) terutama dalam industri pembuatan produk makanan.

“Pengembangan ini juga didorong oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (12.6 peratus) yang disokong oleh industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis, dan subsektor produk peralatan elektrik dan elektronik (9.8 peratus) terutama dalam industri pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal,” katanya bagi mengulas laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia, Februari 2022 yang dikeluarkan DOSM pada Isnin.

Beliau berkata nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport yang menyumbang sebanyak 71.2 peratus kepada jumlah nilai jualan merekodkan peningkatan 12.7 peratus manakala industri berorientasikan domestik mencatatkan kenaikan 7.6 peratus pada Februari 2022 berbanding bulan yang sama 2021.

“Pertumbuhan nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport adalah selari dengan trend eksport perdagangan luar negara serta faktor harga yang kekal memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata bagi perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport merekodkan penurunan 5.1 peratus manakala industri berorientasikan domestik turut susut 5.7 peratus.

Mohd Uzir berkata jumlah pekerja sektor pembuatan pada Februari 2022 adalah 2,275,927 orang, meningkat 2.1 peratus berbanding 2,228,415 orang pada Februari 2021

Beliau berkata peningkatan ini disumbangkan oleh produk elektrik dan elektronik (4.7 peratus); produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (3.2 peratus); dan produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (1.7 peratus).

Laporan tersebut juga menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah RM7.81 bilion meningkat 3.9 peratus atau RM293.0 juta pada Februari 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Di samping itu, nilai jualan per pekerja meningkat 8.8 peratus kepada RM57,838 berbanding bulan yang sama 2021 (Februari 2021: RM53,138).

Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah RM3,429 pada Februari 2022, jelas DOSM.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In