• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Capital A Dijangka Catat Keuntungan Pada Tahun Depan, Kata CEO

in Berita
A A
AirAsia X Umum Penstrukturan Semula Hutang Sudah Selesai
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Capital A Bhd dijangka kembali mencatatkan keuntungan pada 2023 sejajar dengan jangkaan pemulihan dalam permintaan terhadap perjalanan pada akhir tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Bercakap kepada pemberita pada taklimat media secara maya hari ini, beliau berkata AirAsia bercadang untuk mempunyai sebahagian besar kumpulan pesawatnya kembali beroperasi pada akhir tahun.

“Jualan kami (pada masa ini) sebanyak 75 peratus daripada paras sebelum COVID-19 dan saya tidak menjangka (pulih) dengan begitu cepat. 

“Kami mencatatkan prestasi yang amat baik di Filipina dan Indonesia, yang merupakan bonus besar buat kami,” katanya pada taklimat itu yang diadakan untuk mengumumkan kerjasama lima tahun antara cabang digital Capital A, airasia Super App dan Google Cloud hari ini. 

Fernandes berkata harga minyak mentah yang tinggi bukan menjadi isu pada masa ini berikutan permintaan untuk perjalanan udara adalah kukuh dan pemulihannya di ASEAN akan meningkat sejajar dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

“Saya amat optimis bahawa dalam tempoh dua hingga tiga bulan, kita akan kembali melakukan perjalanan seperti sebelum COVID-19.

“Walaupun China, Hong Kong dan Taiwan tidak dibuka sepenuhnya, kami melihat permintaan yang tinggi di India dan antara ASEAN serta dalam negara, yang lebih daripada menampung kehilangan trafik di China untuk AirAsia,” katanya. 

Sementara itu, kerjasama airasia Super App-Google Cloud bertujuan memacu visi airasia Super App untuk ekosistem inovasi bersama yang boleh disertai oleh semua perniagaan dan pembangun untuk memenuhi keperluan harian masyarakat di rantau ini.

Mereka akan menggabungkan kecekapan teras untuk menggalakkan bakat teknologi, mencipta bersama alat perisian untuk inovasi terbuka, memberikan risikan yang dipacu data bagi pihak perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam platform itu dan memastikan kebolehcapaian untuk pengguna yang pelbagai di bandar dan luar bandar.

Kedua-dua pihak juga akan mewujudkan pusat kecemerlangan awan yang terdiri daripada ahli teknologi AirAsia Allstars dan Google Cloud.

“Dengan Google sebagai rakan kongsi kami untuk membawa perjalanan digital kami ke peringkat seterusnya, kami akan mengembangkan platform itu kepada seluruh ekosistem yang bukan sahaja untuk menjalankan perniagaan tetapi diperluas kepada membina komuniti dan memperkayakan komuniti itu dengan teknologi dan sumber yang sedia untuk pasaran bagi melibatkan lebih ramai pengguna,” kata Fernandes.

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In