KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Ancom Bhd kini menukar namanya kepada Ancom Nylex Bhd.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Bursa Malaysia Bhd menjelaskan saham syarikat itu akan didagangkan dan disebut harga mengikut nama baharu itu berkuat kuasa 9 pagi pada Isnin, 11 April.
“Nama ringkas syarikat akan ditukar kepada ANCOMNY manakala nombor saham (4758) kekal tidak berubah,” menurutnya.
— BERNAMA




