• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB Selesai Beli 100 Peratus Kepentingan Dalam Portfolio Angin Pesisir Darat Di UK

in Berita
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Vantage RE Ltd (Vantage RE) telah menyelesaikan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam portfolio angin persisir darat berkapasiti 97.3MW di United Kingdom (UK) daripada beberapa dana yang dinasihatkan oleh Capital Dynamics pada harga GBP145.9 juta (GBP1=RM5.53).

Pengambilalihan itu berikutan usaha sulung TNB ke dalam pasaran angin luar pesisir UK pada Oktober lepas, menandakan satu lagi peristiwa penting dalam strategi syarikat utiliti nasional itu untuk mengembangkan portfolio TBB global serta mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran tumpuan.

Selepas pengambilalihan ini selesai, jumlah kapasiti tenaga diperbaharui (RE) operasi Vantage RE akan meningkat sebanyak 23 peratus daripada 433MW kepada 530MW.

Kapasiti angin persisir darat tambahan tersebut akan mempelbagaikan campuran teknologi RE sedia ada Vantage RE dan meningkatkan keseimbangan profil penjanaan elektrik portfolionya sepanjang tahun.

Capital Dynamics ialah firma pengurusan aset swasta global yang bebas dan salah satu pelabur tenaga bersih terkemuka di dunia.

“Pengambilahan ini mewakili kejayaan berterusan pelaksanaan strategi kami untuk mengembangkan portfolio TNB dalam pasaran tumpuan kami seperti UK dan Eropah serta mempercepatkan perjalanan TNB dalam visi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau berkata pengambilalihan strategik aset operasi tambahan yang disokong oleh rejim subsidi juga akan membolehkan TNB mendapat manfaat sepenuhnya daripada hasil yang stabil dan membina daya tahan kewangan untuk mengharungi cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, ia akan menggerakkan TNB selangkah lebih dekat untuk beralih ke arah masa depan tenaga baharu penjanaan karbon rendah selaras dengan Laluan Kelestarian dan visi ESG.

Ketua Pegawai Eksekutif Vantage RE, Vian Davys berkata pengambilalihan itu membolehkan syarikat itu bergerak ke arah mengurus dan mengendalikan turbin angin yang lebih besar di UK.

“Kami melihat ketersediaan aset serta potensi penciptaan nilai untuk memastikan setiap pelaburan strategik memberikan kepastian hasil dan sumbangan kewangan yang positif. Ini adalah peristiwa penting untuk Vantage RE dan TNB dalam membina keupayaan dalaman dalam angin persisir darat.”

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Bersama Capital Dynamics Clean, Dario Bertagna berkata syarikat itu menyokong penuh hasrat pertumbuhan oleh TNB RE.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In