• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Public Investment Kekal Berhati-Hati Terhadap Prospek Sektor Pembuatan

in Berita
A A
Public Investment Kekal Berhati-Hati Terhadap Prospek Sektor Pembuatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Public Investment Bank Bhd (Public Invesment) kekal berhati-hati mengenai prospek jangka terdekat sektor pembuatan Malaysia berikutan isu gangguan rantaian bekalan yang sedang berlaku sekarang.

Firma penyelidikan itu berkata isu itu boleh menjejaskan output secara langsung terutamanya bahagian kritikal seperti cip yang digunakan secara meluas dalam hampir semua produk pembuatan daripada kenderaan kepada elektrik dan elektronik.

“Ini juga boleh terjejas akibat kekurangan tenaga kerja yang mungkin mengambil masa untuk diselesaikan.

“Sentimen itu turut boleh terjejas oleh kelembapan pertumbuhan di China dan dasar sifar COVID-19 negara itu yang boleh mengganggu rantaian bekalan global,” katanya dalam nota penyelidikan.

Keadaan operasi pengilangan Malaysia merosot pada bulan Mac dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan jatuh kepada 49.6 pada Mac daripada 50.9 pada Februari disebabkan oleh tekanan harga dan bekalan, keadaan yang berlanjutan sejak beberapa bulan lepas dan mencapai kemuncaknya pada Mac.

Public Investment berkata keadaan operasi juga terjejas kerana permintaan yang semakin merosot berikutan peningkatan kes COVID-19 dan harga input lebih tinggi yang meningkatkan caj output.

“Kekurangan dalam bahan mentah dan kelewatan dalam penghantaran kekal menjadi masalah mengakibatkan pengurangan dalam pembelian dan stok bahan mentah manakala stok barangan siap juga berkurangan pada kadar terpantas dalam tempoh lapan bulan,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata, pengilang kekal optimistik terhadap pengeluaran masa depan walaupun angka PMI pembuatan lebih rendah.

“Keyakinan itu didorong oleh harapan bahawa penamatan sekatan berkaitan pandemik COVID-19 akan membantu pemulihan dalam permintaan.

“Bagaimanapun, tahap keyakinan jatuh ke tahap paling lemah sejak Oktober, 2021 berikutan kebimbangan terhadap kesan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine,” katanya dalam nota penyelidikan.

Tahap pekerjaan jatuh pada bulan Mac disebabkan kekurangan pekerja seterusnya mengakibatkan kerja tertunggak bertambah dan tekanan ke atas kapasiti, katanya.

Bagi PMI ASEAN, Public Investment berkata pemulihan dalam sektor pembuatan akan dibantu oleh pengendalian yang lebih baik oleh pihak berkuasa terhadap situasi COVID-19, hasil daripada prosedur operasi standard (SOP) lebih baik dan melaksanakan perintah berkurung yang disasarkan sebagai langkah pencegahan.

“Pembukaan ekonomi sepenuhnya di kebanyakan rantau terutamanya di negara-negara maju dan Zon Euro juga akan mendorong permintaan untuk produk pembuatan, memberi keuntungan kepada produk komputer dan peranti.

“Peralihan global yang pantas ke arah rangkaian 5G untuk sektor telekomunikasi global akan mendorong permintaan untuk telefon mudah alih dan peranti pintar,” katanya.

 — BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In