• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk RM536.5 mln

in Berita
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk RM536.5 mln
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Pelabur asing merupakan satu-satunya pembeli bersih bagi minggu berakhir 1 April, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM536.5 juta, kata MIDF Research.

Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, bank pelaburan itu berkata dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk tempoh 11 daripada 13 minggu pertama tahun 2022, menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM6.66 bilion setakat tahun ini.

“Pelabur asing adalah pembeli bersih untuk semua hari dagangan minggu lepas, dengan jumlah terbesar direkodkan pada hari Jumaat sebanyak RM194.8 juta dan paling sedikit  pada hari Selasa berjumlah RM30.7 juta,” tambahnya.

MIDF Research berkata perkhidmatan kewangan, perladangan dan produk perkhidmatan serta perindustrian terus menjadi sektor paling digemari dalam kalangan pelabur asing minggu lepas, dengan aliran masuk bersih masing-masing RM335.6 juta, RM100.4 juta dan RM54.6 juta.

Bagi peruncit tempatan, MIDF Research berkata pergerakan peruncit tempatan agak bercampur-campur minggu lepas dengan tiga hari jualan bersih dan dua hari belian bersih, menyaksikan kedudukan jualan bersih minggu berkenaan pada -RM72.74 juta.

“Mereka adalah penjual bersih pada hari Rabu merekodkan RM36.12 juta, Khamis (RM30.56 juta) dan Jumaat (RM80.96 juta), manakala mereka juga adalah pembeli bersih pada hari Isnin pada RM17.39 juta dan Selasa sebanyak RM57.51 juta, ” katanya.

Institusi tempatan kekal sebagai penjual bersih dengan jualan terbesar dicatatkan pada hari Isnin berjumlah -RM138.2 juta dan jualan paling sedikit pada hari Rabu sebanyak -RM51.4 juta.

Ia berkata pembelian bersih institusi tempatan membabitkan sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, masing-masing mencatatkan RM62.8 juta dan RM4.0 juta.

“Secara keseluruhan, institusi tempatan adalah penjual bersih merekodkan -RM463.75 juta,” kata MIDF Research.

Setakat tahun ini, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan mencatatkan nilai RM7.08 bilion, manakala peruncit tempatan dan pelabur asing telah menjadi pembeli bersih masing-masing pada RM0.42 bilion dan RM6.7 bilion.

Dari segi penyertaan, hanya pelabur asing menyaksikan peningkatan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) iaitu 5.95 peratus, manakala institusi tempatan dan peruncit tempatan mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 20.47 peratus dan 13.49 peratus.

— BERNAMA 

Share225ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In