• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse

in Berita
A A
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 April  (Bernama) — MY EG Services Bhd (MYEG) bersedia untuk menjadi antara peserta utama dalam pembangunan ekosistem metaverse melalui pelaburannya dalam teknologi generasi akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat perkhidmatan digital Malaysia itu berkata ia berusaha untuk mengintegrasikan ASEAN dan China pada peringkat digital melalui dunia maya dan mewujudkan kelas nilai ditambah baharu.

“MYEG kini terlibat dalam membina ekosistem blockchain di pelbagai negara ASEAN dan berhasrat untuk menghubungkan pasaran Asia Tenggara dengan pasaran China,” katanya.

Metaverse menggabungkan pelbagai teknologi seperti pengkomputeran awan, realiti tambahan (AR), realiti maya (VR) dan blockchain, yang mana sifat kompleks ekosistemnya menawarkan potensi luar biasa malah popularitinya meningkat tahun lepas bersama-sama dengan konsep non-fungible token (NFT).

MYEG menyatakan rancangannya untuk menyumbang kepada pembangunan metaverse itu menerusi webinar bertajuk “NFT: The Key to Connecting the Metaverse to Reality” dianjurkan baru-baru ini oleh Alliance of Blockchain Industry (ABI), yang diasaskan oleh sekumpulan syarikat blockchain.

Sebahagian daripada rancangan syarikat untuk menyumbang kepada pembangunan ekosistem metaverse ialah pelancaran NFT Pangolin, iaitu pasaran NFT global yang menyokong penerbitan dan perdagangan NFT dan bersedia untuk beroperasi pada rangkaian blockchain Zetrix Layer 1 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu, MYEG telah menerokai domain realiti tambahan, realiti maya dan blockchain sejak 2018 dengan matlamat untuk mencapai integrasi tinggi antara teknologi yang berbeza untuk membangunkan ekosistem metaverse.

Sejak itu ia telah melabur dalam pelbagai usaha niaga teknologi seperti Zetrix (blockchain), NFT Pangolin (NFT) dan DeepScience (teknologi optik), dengan tumpuan pada teknologi utama dan bidang berkaitan metaverse seperti sensor pemetaan terhadap tindakan manusia, jejak visual serta seni digital dan kreativiti, katanya.

Namun begitu, terdapat cabaran untuk ditangani apabila mengendalikan rantaian rentas antara negara seperti pematuhan terhadap persekitaran kawal selia pelbagai negara, dalam usaha mencapai pertukaran data rentas sempadan yang lebih selamat dan cekap, katanya.

Terdapat juga keperluan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos dalam infrastruktur ekosistem metaverse untuk menggalakkan penggunaan dalam kalangan industri.

— BERNAMA

Share270ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In