• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerugian Bersih Sapura Resources Meningkat Kepada RM270.5 Juta Pada TK 2022

in Berita
A A
Kerugian Bersih Sapura Resources Meningkat Kepada RM270.5 Juta Pada TK 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Kerugian bersih Sapura Resources Bhd meningkat kepada RM270.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022 (TK2022) daripada kerugian bersih RM20.5 juta setahun yang lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata hasil menurun kepada RM45.17 juta daripada RM46.0 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan hasil yang lebih rendah daripada pelaburan hartanah dan segmen penerbangan.

Bagi suku keempat TK2022 (S4TK2022), kerugian bersih berjumlah RM109.9 juta berbanding kerugian bersih RM3.4 juta dalam tempoh yang sama sebelum ini, manakala hasil turun kepada RM10.9 juta daripada RM11.4 juta.

“Hasil pelaburan hartanah menurun daripada RM6.2 juta pada S4TK2021 kepada RM6.0 juta pada S4TK2022 terutamanya disebabkan oleh pendapatan sewa yang lebih rendah.

“Hasil penerbangan pada S4TK2022 merosot lima peratus kepada RM4.9 juta daripada RM5.1 juta pada S4TK2021 terutamanya disebabkan pengurusan pesawat dan hasil sewaan yang lebih rendah,” katanya.

Bagi segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), syarikat merekodkan kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi kepada RM18.9 juta pada S4TK2022 daripada RM3.7 juta pada S4TK2021, disebabkan oleh rosot nilai sekali gus ke atas aset ekoran keputusan untuk menghentikan operasi akibat pandemik COVID-19.

Mengenai prospek, Sapura Resources berkata kumpulan itu membuat keputusan untuk keluar daripada segmen MRO berikutan kesan buruk pandemik COVID-19 yang berpanjangan terhadap segmen tersebut.

“Selain itu, memandangkan pasaran hartanah yang mencabar yang memerlukan masa untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kumpulan turut terjejas dengan pelaburan Perjanjian Pajakan Induk (MLA).

“Walau bagaimanapun, segmen penerbangan perniagaan dan hartanah akan terus menyumbang kepada hasil kumpulan.

“Dalam pada itu, kumpulan sedang menyemak semua portfolio pelaburannya untuk mengoptimumkan sumber bagi memastikan kemampanan jangka panjang,” katanya.

— BERNAMA

Share516ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In