• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Kekal Di Landasan Pemulihan, Perlu Waspada Ketidaktentuan Global

in Berita
A A
Malaysia Kekal Di Landasan Pemulihan, Perlu Waspada Ketidaktentuan Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Malaysia terus berada di landasan pemulihan ekonomi namun masih perlu berwaspada terhadap ketidaktentuan global, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata aktiviti sosioekonomi juga terus rancak sejajar dengan usaha negara memasuki fasa akhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Januari 2022.

“Walaupun begitu, cabaran global seperti bencana berkaitan iklim, krisis geopolitik yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan dijangka akan memberi kesan kepada inflasi Malaysia,” katanya dalam kenyataan media sempena penerbitan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 3/2022 oleh Jabatan Perangkaan, hari ini.

Mohd Uzir juga menyifatkan ekonomi Malaysia terus berada di landasan pemulihan meskipun dalam keadaan tidak menentu seperti dipaparkan menerusi Indeks Pelopor (IP) yang secara konsisten melebihi 100.0 mata dan mencatatkan 110.1 mata pada Januari 2022.

“Malaysia kini menuju ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa yang seterusnya akan membawa lebih banyak impak positif kepada aktiviti berkaitan pelancongan serta pasaran buruh yang boleh mengatasi isu kekurangan pekerja dalam industri tertentu.

“Walaupun Malaysia kekal optimistik ke arah pemulihan ekonomi, kita harus berwaspada dengan ketidaktentuan global yang berterusan susulan ketidakstabilan geopolitik dan sekatan pergerakan penuh yang berlaku di bandar seluruh China,” katanya.

Mohd Uzir berkata jumlah perdagangan negara terus berdaya tahan dengan mencatatkan peningkatan dua angka sebanyak 24.8 peratus kepada RM203.0 bilion daripada RM162.6 bilion pada Januari 2021.

“Eksport melonjak 23.5 peratus kepada RM110.7 bilion iaitu lebih tinggi daripada nilai import yang meningkat 26.4 peratus kepada RM92.3 bilion, seterusnya membawa kepada lebihan dagangan berjumlah RM18.4 bilion iaitu naik 10.9 peratus daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, pada Januari 2022, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.3 peratus berbanding bulan sama tahun lepas terutamanya disebabkan oleh kesan asas selain peningkatan dalam pengangkutan dan makanan dan minuman bukan alkohol.

“Kenaikan ini juga melebihi kadar inflasi purata Malaysia sebanyak 1.9 peratus bagi tempoh 2011 hingga Januari 2022,” katanya.

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan yang mengukur kos barangan di kilang, melonjak 9.2 peratus pada Januari 2022 berbanding penurunan 0.1 peratus pada Januari 2021, dipacu oleh harga komoditi primer yang lebih tinggi.

“Peningkatan IHPR bagi pengeluaran tempatan pada Januari 2022 disokong terutamanya oleh kenaikan dalam indeks perlombongan dan indeks pertanian, perhutanan dan perikanan,” katanya.

Mohd Uzir berkata, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Januari 2022 meningkat sebanyak 4.3 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya, dipacu oleh indeks pembuatan (6.8 peratus) dan indeks elektrik (7.7 peratus).

Bagaimanapun, indeks perlombongan mencatat penurunan 5.1 peratus.

Dalam pada itu, jualan pembuatan pada Januari 2022 berjumlah RM139.0 bilion iaitu berkembang sebanyak 13.1 peratus secara tahunan didorong oleh produk makanan, minuman dan tembakau, produk petroleum, kimia, getah dan plastik serta produk elektrik dan elektronik.

Mengulas senario buruh, beliau berkata berbanding Januari 2021 yang mana pasaran buruh dalam keadaan mencabar, situasi berkenaan bagaimanapun bertambah baik pada Januari lepas apabila bilangan tenaga pekerja meningkat sebanyak 346,600 orang (2.2 peratus) kepada 16.37 juta orang.

“Bilangan penganggur juga terus berkurangan sebanyak 1.1 peratus kepada 680,400 orang dengan mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 4.2 peratus,” katanya.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In