• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jumlah Aset BNM RM551.61 Bilion Pada 2021, Bayar Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan

in Berita
A A
Jumlah Aset BNM RM551.61 Bilion Pada 2021, Bayar Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat jumlah aset sebanyak RM551.61 bilion pada 31 Disember 2021 berbanding RM488.04 bilion pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar atau 88 peratus daripadanya terdiri daripada portfolio rizab antarabangsa yang berjumlah RM486.85 bilion (2020 : RM432.37 bilion).

“Liabiliti bank berpunca terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan (RM159.89 bilion) manakala mata wang dalam edaran (RM150.07 bilion),” katanya dalam Laporan Tahunan BNM 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Pada tahun lepas, BNM menjana pendapatan berjumlah RM14.73 bilion (2020: RM13.49 bilion), selepas ditolak kos berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab antarabangsa dan kos menjalankan operasi monetari.

“Bagi 2021, BNM menjana keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM12.80 bilion (2020: RM10.24 bilion). Daripada jumlah ini, RM7.80 bilion akan diagih kepada Kumpulan Wang Rizab Am (2020: RM6.24 bilion).

“Baki keuntungan bersih sebanyak RM5 bilion (2020: RM4 bilion akan dibayar kepada kerajaan sebagai dividen.

“Daripada jumlah pendapatan ini, BNM mengeluarkan perbelanjaan untuk mengurus dan mentadbir operasi (perbelanjaan berulang) dan perbelanjaan untuk membiayai projek pembangunan dan projek jangka panjang selaras dengan objektif dan fungsi utama bank (perbelanjaan pembangunan),” katanya.

Menurut BNM, ini termasuk perbelanjaan yang melibatkan operasi mata wang dan perbelanjaan untuk menyelenggara infrastruktur pembayaran negara.

Pada 2021, BNM berkata perbelanjaan berulang dan perbelanjaan pembangunan ini berjumlah RM1.89 bilion (2020 : RM3.22 bilion).

“Meskipun BNM merupakan sebuah badan berkanun, BNM tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan untuk membiayai operasi harian. Sebaliknya, operasi bank ini dibiayai oleh pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan bank dalam rizab antarabangsa negara,” katanya.

BNM turut mengurus kewangannya dengan matlamat untuk memastikan bank mempunyai sumber bagi melaksanakan mandatnya iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

“Dalam melaksanakan mandat ini, BNM komited untuk bertanggungjawab, berhemat dan berdisiplin dalam pengurusan sumber bank,” katanya.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In