• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SC Tingkat Inisiatif Kekalkan Integriti Pasaran, Lindungi Pelabur

in Berita
A A
SC Tingkat Inisiatif Kekalkan Integriti Pasaran, Lindungi Pelabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

 KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Bagi memastikan integriti dan kestabilan pasaran tidak tergugat, Suruhanjaya Sekuriti (SC) meneruskan usaha kawal selianya pada tahun 2021 untuk memastikan pasaran kekal tangkas, berdaya tahan dan responsif di sebalik pandemik COVID-19. 

SC berkata suruhanjaya itu akan terus memantau rapi risiko sistemik yang muncul dan melaksanakan pelbagai inisiatif kawal selia bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur dan pihak berkepentingan.

“Bagi mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi dalam kalangan peserta pasaran dan memastikan pasaran modal yang berfungsi dengan teratur, pendekatan dan tumpuan penyeliaan SC ke atas pengantara, institusi dan pasaran turut diperkukuhkan, disokong oleh tindakan penguatkuasaan bagi pelanggaran undang-undang sekuriti yang serius,” kata suruhanjaya itu dalam Laporan Tahunan 2021 yang dikeluarkan hari ini. 

Menurut SC, walaupun keadaan pasaran kewangan global semakin baik dan aktiviti ekonomi telah disambung semula, ancaman seperti kemunculan varian bahari COVID-19 akan terus menyebabkan ketidaktentuan kepada pasaran modal global dan domestik. 

Justeru, katanya, adalah penting untuk mengesan dari awal kemunculan risiko dan kerentanan bagi mengekalkan kestabilan sistemik dalam pasaran modal.

“Dalam keadaan ini, SC terus berwaspada terhadap potensi risiko penurunan dan langkah-langkah yang sesuai tersedia bagi memastikan operasi pasaran modal yang adil dan teratur pada setiap masa,” katanya.

Menurutnya, suruhanjaya itu berusaha mengurangkan risiko sistemik dan meningkatkan kestabilan kewangan menerusi beberapa pendekatan, iaitu mempertingkatkan rangka kerja tadbir urus risiko dan pengawasan serta melaksanakan penilaian tematik.

Sepanjang tahun lepas, SC juga kerap mengadakan sesi perbincangan kawal selia bersama dan perkongsian maklumat dengan pihak pengawal selia lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengenal pasti bidang kebimbangan risiko sistemik dalam kewangan dan pasaran modal di Malaysia serta mengadakan pemantauan pelbagai komponen pasaran modal.

SC juga menerapkan kebertanggungjawaban bersama dalam pasaran modal dengan mengguna pakai pelbagai intervensi untuk memupuk amalan dan budaya tadbir urus korporat yang baik dalam seluruh ekosistem pasaran termasuk pengarah, pemegang saham, dan pengawal pasaran.

Selain itu, ia juga meningkatkan pengawasan dan penyeliaan pasaran modal termasuk pemantauan ke atas Bursa Malaysia sebagai satu-satunya bursa bersepadu yang dibenarkan di Malaysia, agar ia dapat menawarkan sebuah platform dagangan yang andal, cekap dan telus, serta pemantauan terhadap Pengendali Pasaran Diiktiraf.

Dalam suasana volatiliti pasaran dan penyertaan runcit yang aktif, SC meningkatkan pemantauannya terhadap aktiviti pasaran untuk memastikan pengesanan dan pemakluman salah laku dagangan serta mengenal pasti arah aliran dan risiko yang baru muncul yang tepat pada masanya.

“Antara yang diberi perhatian ialah pemantauan terhadap aktiviti jualan singkat dikawal selia; aktiviti korporat; penzahiran yang mengelirukan; ketidakpatuhan terhadap piawaian pelaporan kewangan serta bidang pelanggaran korporat yang lain,” jelas SC.

Pengawasan turut ditingkatkan terhadap pengantara pasaran modal termasuk meningkatkan pemantauan luar tapak terhadap pengantara pasaran dan semakan tematik ke atas pemegang amanah bon.

SC berkata pihaknya juga sentiasa mengekalkan komunikasi terperinci dengan pengantara pasaran dan memberikan panduan melalui penerbitan Nota Panduan, pekeliling dan komunikasi kepada industri. 

“Untuk memastikan bahawa garis panduan SC kekal relevan, jelas, dan dikemas kini, garis panduan baharu telah dikeluarkan dan semakan telah dibuat kepada garis panduan yang berkenaan untuk memasukkan peruntukan tambahan untuk menangani pelbagai kebimbangan yang baru timbul,” kata suruhanjaya itu. 

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In