• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Meterai PSC, Tarik Aktiviti Penerokaan Bernilai RM600 Juta

in Berita
A A
Petronas Meterai PSC, Tarik Aktiviti Penerokaan Bernilai RM600 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk lima blok penerokaan luar pesisir, membolehkan firma minyak dan gas itu menarik komitmen modal sebanyak kira-kira RM600 juta dalam aktiviti cari gali di Malaysia.

Ini akan mencerminkan daya tarikan potensi sumber hidrokarbon negara, kata Naib Presiden Kanan  Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas Mohamed Firouz Asnan dalam satu kenyataan selepas menandatangani PSC bagi pihak syarikat.

“Pengurangan dalam penggerudian penerokaan global sejak dua tahun lalu telah memberi tekanan kepada industri untuk menyelesaikan kekurangan bekalan semasa. Memandangkan ekonomi global telah mula pulih selepas pandemik, industri perlu memastikan aktiviti penerokaan terus mengekalkan pengeluaran.

“Petronas komited untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada operasi kami dengan teknologi seperti penangkapan dan penyimpanan karbon,” katanya sambil menambah Petronas berharap untuk bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk menyediakan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai kepada pasaran.

Antara blok penerokaan luar pesisir termasuk SB412, 2W dan X di luar pantai Sabah dan SK439/SK440 di luar pantai Sarawak.

Blok SB412 di Sabah ditandatangani antara Petronas, PTTEP HK Offshore Limited dan SapuraOMV Upstream (M) Sdn Bhd, manakala PSC untuk Blok ultra-air dalam  2W dan X dimeterai antara Petronas, Sabah Shell Petroleum Company Ltd., Shell Sabah Selatan Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Majlis menandatangani PSC di bawah Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2021 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

MBR adalah acara bidaan tahunan Malaysia yang dianjurkan MPM, menawarkan kepada pelabur berpotensi pelbagai peluang termasuk blok eksplorasi, sumber ditemui hinggalah kepada aset hayat akhir.

MBR 2022 bertemakan “Tenaga Berfaedah Anda Di Sini”, dilancarkan pada 27 Januari, menawarkan 14 blok penerokaan, enam kelompok Peluang Sumber Ditemui dan satu kelompok Aset Hayat Akhir.

Syarikat minyak dan gas milik negara itu, melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti petroleum huluan.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In