Makanan dan minuman di kedai Family Mart merupakan antara pilihan rakyat Malaysia. Pelbagai pilihan makanan dijual untuk memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia seperti Oden, aiskrim, Onigiri, Bento, Pasta, sandwic, pencuci mulut dan banyak lagi.
Sumber: Family Mart
Jika anda salah seorang pelanggan setia Family Mart, sayang sekali jika anda tidak menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat itu.
Tahukah anda sebenarnya anda boleh menjadi pemilik Family Mart?
Family Mart Malaysia dimiliki oleh QL Resources Berhad dan saham QL Resources didagangkan di Bursa Malaysia.
QL Resources Berhad didagangkan di Papan Utama Bursa Malaysia dengan simbol “QL”. Paling penting adalah saham ini berstatus patuh syariah.
Kedai Family Mart pertama yang dibuka di Malaysia adalah pada November 2016. Sejak itu, semakin banyak Family Mart telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Pulau Pinang.
Syarikat QL Resources Berhad
QL Resources berusaha untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat melalui lima aktiviti utama iaitu:
- Pengeluaran produk makanan laut
- Produk makanan pengguna
- Peruncitan
- Minyak sawit dan teknologi alam sekitar
- Produk ternakan
Prestasi Kewangan QL Resources
Perolehan QL menaik dengan positif sejak tahun 2013 sehingga tahun 2021 dan keuntungan bersih syarikat juga dilihat konsisten bagi tempoh tersebut.
Sebagai sebuah syarikat yang konsisten membuat keuntungan, sudah tentu QL juga mampu memberi dividen secara konsisten. Secara puratanya, QL mengagihkan dividen sebanyak 4.50 sen sesaham setiap tahun.
Ini bukan satu saranan belian. Setiap pembelian dan penjualan saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing. Buat kajian sendiri dan mari melabur atas kajian masing-masing.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




