• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

5 Kelebihan Melabur Di Pasaran Luar Negara (Saham Global)

in Saham Global
A A
5 Kelebihan Melabur Di Pasaran Luar Negara (Saham Global)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Melabur saham di pasaran tempatan adalah sesuatu benda yang biasa bagi kebanyakan pelabur. Bagaimana pula dengan melabur di pasaran luar negara? Kelihatannya masih ramai lagi pelabur yang ragu-ragu untuk melabur di pasaran global atas sebab kurangnya ilmu dan tidak tahu kelebihannya.

Harus difahami bahawa saham global mempunyai konsep yang sama dengan setiap urus niaga saham tempatan, namun perbezaan ketaranya adalah daripada segi jenis akaun, matawang sesebuah negara dan lain-lain lagi.

Cara dan kaedah membeli saham luar negara juga agak berbeza dengan cara membeli saham tempatan. Platform yang perlu digunakan juga bergantung kepada jenis saham yang terbabit.

Walaupun masa melabur di pasaran luar negara berbeza dengan masa melabur dalam tempatan, namun ia bukanlah penghalang untuk kita melabur saham global. Terdapat banyak kelebihan melabur di pasaran luar negara yang pastinya akan memanfaatkan semua pelabur.

1. Kadar Matawang Negara Lebih Besar

Kadar matawang luar negara lebih besar berbanding dengan matawang negara kita. Jika dikira mengikut kadar matawang USD, setiap keuntungan akan digandakan mengikut gandaan matawang USD (sehingga empat kali ganda) dan pastinya pelaburan ini akan menguntungkan lebih daripada nilai Ringgit. Namun, pernahkah anda terfikir, jika nilai Ringgit jatuh, maka ia akan menguntungkan pelabur yang melabur di pasaran luar negara?

2. Terima Dividen Dalam Bentuk Matawang Asing

Dividen yang kita terima jika melabur di pasaran luar negara adalah dalam bentuk matawang negara tersebut. Sebagai contoh, jika kita melabur saham di United Kingdom, pastinya dividen yang diberikan adalah dalam matawang Sterling Pound. Matawang Sterling Pound jika ditukar dalam Ringgit, pastinya jumlah wang menjadi berlipat kali ganda. Untung bukan?

3. Tak Perlu Buka Akaun Dagangan Di Negara Tersebut

Kita tidak perlu ke Amerika Syarikat untuk membuka akaun trading di sana. Kita cuma perlu ke bank pelaburan terdekat yang menawarkan khidmat Dagangan Rentas Sempadan (DRS) atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Cross Border Trade (CBT) dengan membawa dokumen yang diperlukan syarikat tersebut bagi membolehkan kita untuk membuka akaun.

Selain  daripada itu, kita boleh mendaftar di platform atau laman web yang bersesuaian dengan akaun saham global tersebut. Pastikan dulu kesahihan broker tersebut dan pastikan ianya berlesen.

4. Melabur Ke Dalam Syarikat Terkemuka

Selalunya kita pasti ingin melabur ke dalam syarikat yang besar, tetapi tergendala kerana ia adalah syarikat luar negara. Kelebihan melabur di pasaran luar negara juga adalah ia dapat memudahkan kita melabur terus ke dalam syarikat yang terkemuka.

Sebagai contoh, kita boleh melabur saham syarikat Apple, Facebook, Google, Microsoft dan lain-lain lagi.

5. Kos Saham Global Lebih Murah Berbanding Unit Amanah

Jika hendak dibandingkan, kos pelaburan pasaran luar negara lebih murah daripada kos pelaburan Unit Amanah. Macam tak percaya je kan?

Dengan menggunakan khidmat pengurus dana atau unit amanah, ia akan menelan kos sehingga 3% atau lebih daripada modal kita. Kos-kos yang terlibat ini akan menyebabkan pulangan kita menjadi berkurangan.

Baca: 6 Caj Berbeza Yang Terdapat Dalam Unit Trust

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share1242ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

12 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

12 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

12 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In